Friday, 30 December 2016

Hari Orientasi Naim di Sekolah Baru

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Alhamdulillah permohonan kami diterima dan Naim akan masuk ke prasekolah pendidikan khas di sekolah kebangsaan. Hari orientasi berjalan lancar walaupun pada mulanya Naim tidak menunjukkan minat dan enggan masuk ke kelas.



Semoga anak syurga kami dapat menerima suasana pembelajaran di sekolah baru. Kami juga berharap semoga anak syurga ini akan mula pandai berdikari dan dapat mengikuti setiap pembelajaran dengan baik.

Doa kami akan sentiasa mengiringimu wahai anak syurga... Semoga Allah melapangkan dadamu dalam menimba ilmu dan memelihara dirimu sentiasa. Amin.

Tuesday, 20 December 2016

Alhamdulillah...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Alhamdulillah saya telah selamat melahirkan anak kedua pada 20 September lepas. Syukur semuanya selamat dan Allah permudahkan segalanya. Paling seronok pastinya Naim yang tak sabar2 nak tengok adik. hehe sayang betul dia kat adik Muaz... asyik sebut nak tengok BABY je.



Syukur walaupun terpaksa emergency czer, semuanya selamat. Layanan daripada nurse dan doktor juga sangat memuaskan. Allah berikan juga kekuatan dan kesabaran kepada saya walaupun dalam keadaan yang sakit dan tidak boleh bergerak bebas untuk saya berulang-alik ke hospital untuk menjaga dan menyusukan baby. Baby Muaz terkena kuning pada hari ketiga dan terpaksa dimasukkan ke nursery untuk pemantauan.

Memang sangat menguji kesabaran kerana terpaksa tinggalkan baby kat nursery hospital. Alhamdulillah suami juga sangat sabar dan banyak membantu. Begitu juga dengan ahli keluarga lain yang sentiasa membantu dan memberikan sokongan. Allah saja yang dapat membalas jasa mereka semua.

Baby Muaz kena kuning agak lama, hampir 3 bulan. Kami terpaksa membawa baby Muaz ke hospital hampir setiap hari untuk diambil darah. Rasa sedih memang tak dapat digambarkan apabila melihat baby yang masih kecil dicucuk jarum, ditambah dengan tangisan baby menahan kesakitan. Pelbagai cara dan petua yang kami amalkan, tetapi tetap tidak membantu untuk mengurangkan bacaan kuning tersebut. Namun, berkat kesabaran kami... Alhamdulillah akhirnya baby Muaz pulih sepenuhnya dan tiada masalah dengan darah dan fungsi hati.

Semoga baby Muaz membesar dengan sihat, menjadi anak yang soleh dan berjaya di dunia dan akhirat. Amin.

Wassalam.