Monday 5 August 2019

Congrats Cik Ani...

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera...

Alhamdulillah semalam telah berlangsungnya konvokesyen sepupu saya di Uniten. Paling seronok anak dua orang tu sebab dapat makan2 dan potong kek birthday, jalan2, pergi tasik dan juga main kat playground. Penuh aktiviti kami selama dua hari tu... Tahniah buat Cik Ani... semoga terus berjaya dan cemerlang selepas ini.





In shaa Allah suatu hari nanti

Seronok abg naim dan adik muaz 
Wassalam.

Friday 2 August 2019

Menghadiri mesyuarat badan KPKP dan ambil Report Card abang Naim

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera...

Pagi tadi saya telah menghadiri mesyuarat Badan KPKP yang diadakan kali kedua pada tahun ini. Selesai pembentangan kokurilum, kewangan, program, dll yang berkaitan dengan kelas KPKP... pelbagai isu telah dikongsikan bersama di antara ibu bapa dan guru-guru. Sungguh banyak input dan ilmu yang diperolehi sepanjang mesyuarat tersebut, ia juga membuka minda kami ibu bapa terhadap masa depan anak2 KPKP.

Selesai mesyuarat, ibu bapa diminta berjumpa dengan guru yang berkenaan untuk membincangkan perkembangan anak-anak dan menandatangani borang RPI anak masing-masing. Masya Allah... sepanjang pertemuan tersebut, Cikgu Intan memaklumkan banyak perkembangan positif yang telah ditunjukkan oleh abang Naim. Ibu sangat terharu bila abang naim sudah boleh mengurus diri dan berdikari, juga tiada sebarang masalah dalam perhubungan sosial, bilamana abang naim sudah boleh bercakap secara dua hala. Perbincangan di antara ibu dan Cikgu Intan juga berkisar tentang cara untuk meningkatkan kebolehan dan kemahiran abang Naim di masa hadapan, di samping menangani isu emosi yang adakalanya tidak stabil.

Perbincangan dengan Cikgu Intan
Terima kasih buat semua cikgu dan ppm yang berusaha dengan sabar untuk mendidik anak-anak syurga. Sungguh besar jasa mereka demi anak-anak syurga yang dikasihi.

Doa Ibu dan Ayah semoga abang Naim terus cemerlang dan berjaya dunia dan akhirat. In shaa Allah Ibu dan Ayah akan lakukan dan usaha yang terbaik untuk abang Naim. Aamiin.

#AnakSyurga
#AutismeSpeechDelay
#MesyuaratBadanKPKP
#PerbincanganRPIkelasKPKP
#TerimaKasihCikguDanPPM

Wassalam.

Thursday 1 August 2019

Terapi Renang Kelas Abang Naim

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera...

Pagi tadi abang naim telah berkesempatan mengikuti terapi renang bersama rakan sekelas yang diadakan di Bayou Lagoon Resort. Terapi renang kali ini dikendalikan oleh Fasilitator dari IPG yang menjalankan beberapa aktiviti bersama murid-murid termasuklah slot keyakinan di air, slot keselamatan di air, dan slot aktiviti bebas.

Alhamdulillah nampaknya abang naim memang sangat teruja dan seronok dapat terlibat dalam semua aktiviti air tersebut. Ibu juga dimaklumkan oleh cikgu bahawa abang naim pandai mengurus diri sendiri terutamanya semasa di bilik persalinan tanpa sebarang arahan dan pemerhatian.









In shaa Allah nanti ada kelapangan dan rezeki, ibu dan ayah akan hantar naim ke kelas renang seperti yang dicadangkan oleh cikgu.

Wassalam.

Bila abg Naim masak Spaghetti sendiri...

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera...

Lepas maghrib tadi tiba-tiba abang naim minta spaghetti goreng...
Ibu pun kata kat dia "Alahai abang, ibu dah tutup dapur la"
Lepas tu abang naim kata dia nak masak sendiri...
Hihi ok la ibu tolong sediakan bahan-bahannya ya.

Maka tersedialah spaghetti goreng oleh abang naim.
Hihi spaghetti goreng ekspress namanya, sebab cuma letak carrot dan telur je.
Bahan yang lain masih beku dan tak sempat nak tunggu cair.
Jadi la kan... yang penting anak syurga ibu happy dapat makan spaghetti goreng yang dia masak sendiri.


Muka happy dapat makan spaghetti goreng

Spaghetti goreng by Abang Naim

#AnakSyurga
#AutismeSpeechDelay
#SpaghettiGorengbyAbangNaim

Wassalam.

Monday 29 July 2019

Congrats En.Suami & Team

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera...

Alhamdulillah penyelidikan yang dijalankan oleh En.Suami dan team dari Utem telah disiarkan di akhbar hari ini. Semoga kejayaan yang diperoleh menjadi pembakar semangat buat semua untuk terus berjaya dan cemerlang di masa hadapan.

Alhamdulillah...

Abang Naim kata dia pun nak masuk dalam suratkhabar. In shaa Allah boleh abang, tapi abang
kena belajar rajin2 dulu ya.

Tahniah juga buat En.Suami di atas perlantikan sebagai Ketua Jabatan bermula September nanti. Semoga terus istiqomah dalam menjalankan tugas dan amanah yang diberi... Aamiin.

*** Memandangkan ayah bakal sibuk dengan tugasan baru nanti... Ibu kena bersedia jadi supermom buat abg naim dan adik Muaz nanti.

Wassalam.

Wednesday 17 July 2019

Pertandingan Bowling Jemputan di Mahkota Parade

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Pagi tadi abang Naim dan kawan2 telah mengikuti pertandingan bowling jemputan yang diadakan di Ampang Superbowl, Mahkota Parade. Alhamdulillah seronok dapat lihat anak-anak syurga semua yang terlibat bermain bowling dengan bersungguh-sungguh.

abg Naim dgn bff

Tekun dengar taklimat dari cikgu

Budak tak reti duduk diam ni...
Terima kasih cik ain tolong jagakan adik muaz

abg Naim dengan kawan-kawan yang terlibat bowling

Gambar dengan cikgu... semangat semua nak main bowling

Adik pagi2 dah minta asikrim

Good luck abang....
Abang Naim fokus bermain bowling

Habis main bowling... kita makan kat McD.
Suka dia dapat makan aiskrim sundae 

Balik rumah kepenatan... 

Terima kasih kepada cikgu-cikgu yang memberi peluang kepada anak-anak syurga untuk terlibat sama dalam program ini. Pendedahan awal ini banyak manfaatnya di samping memperoleh pengalaman baru buat mereka.

#bowlingjemputan
#KelasKPKP
#CariPengalaman

Wassalam.

Friday 26 April 2019

Brownies Kedut Order drpd Customer

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Alhamdulillah semalam dapat menyiapkan order drpd customer yang inginkan 3 biji brownies yang sama hiasan toppingnya. Topping brownies kali ini dihiasi dengan nutella, strawberry dan coklat kinder bueno. Terima kasih dan semoga customer berpuas hati hendaknya...





Wassalam.