Friday 2 August 2019

Menghadiri mesyuarat badan KPKP dan ambil Report Card abang Naim

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera...

Pagi tadi saya telah menghadiri mesyuarat Badan KPKP yang diadakan kali kedua pada tahun ini. Selesai pembentangan kokurilum, kewangan, program, dll yang berkaitan dengan kelas KPKP... pelbagai isu telah dikongsikan bersama di antara ibu bapa dan guru-guru. Sungguh banyak input dan ilmu yang diperolehi sepanjang mesyuarat tersebut, ia juga membuka minda kami ibu bapa terhadap masa depan anak2 KPKP.

Selesai mesyuarat, ibu bapa diminta berjumpa dengan guru yang berkenaan untuk membincangkan perkembangan anak-anak dan menandatangani borang RPI anak masing-masing. Masya Allah... sepanjang pertemuan tersebut, Cikgu Intan memaklumkan banyak perkembangan positif yang telah ditunjukkan oleh abang Naim. Ibu sangat terharu bila abang naim sudah boleh mengurus diri dan berdikari, juga tiada sebarang masalah dalam perhubungan sosial, bilamana abang naim sudah boleh bercakap secara dua hala. Perbincangan di antara ibu dan Cikgu Intan juga berkisar tentang cara untuk meningkatkan kebolehan dan kemahiran abang Naim di masa hadapan, di samping menangani isu emosi yang adakalanya tidak stabil.

Perbincangan dengan Cikgu Intan
Terima kasih buat semua cikgu dan ppm yang berusaha dengan sabar untuk mendidik anak-anak syurga. Sungguh besar jasa mereka demi anak-anak syurga yang dikasihi.

Doa Ibu dan Ayah semoga abang Naim terus cemerlang dan berjaya dunia dan akhirat. In shaa Allah Ibu dan Ayah akan lakukan dan usaha yang terbaik untuk abang Naim. Aamiin.

#AnakSyurga
#AutismeSpeechDelay
#MesyuaratBadanKPKP
#PerbincanganRPIkelasKPKP
#TerimaKasihCikguDanPPM

Wassalam.

No comments:

Post a Comment