Saturday 28 January 2017

First time buat Donut... gara2 anak syurga yang suka makan Donut

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Pagi tadi, saya merajinkan diri ke dapur... untuk membuat donut yang menjadi kegemaran kami sekeluarga. Apa yang pasti, anak syurga kami Naim juga sudah mula sukakan donut. Maka, banyak la resepi untuk membuat donut yang dibelek2 di mrGoogle sehinggalah berjumpa resepi yang berkenan di hati. hehe gigih juga la saya membuat doh donut tersebut.




Walaupun ini kali pertama saya buat donut sendiri... Alhamdulillah memang menjadi. Naim paling seronok dapat makan donut... banyak sungguh dia makan. Saya buat donut comel2 je, senang nak makan dan cepat habis. Lepas ni, takyah dah nak beli selalu donut... kita buat homemade donut je. :)

Wassalam.

Thursday 12 January 2017

Terjebak sudah... shopping di kedai rm2

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Kali ni nak cerita pasal kedai Eco rm2 di Batu Berendam. Actually, kami baru je tau kedai ni dah buka cawangannya di Melaka. Sebelum ni kami hanya pergi kedai Eco di Port Dickson. Apa yang ada kat kedai ni? Hehe macam2 ada kat kedai ni, sampai rambang mata dibuatnya.



Kalau kami ke kedai ni, masing2 dah target barang yang nak dibeli... termasuk la anak syurga kami tu. Ada sekali tu, Naim yang shopping banyak sampai penuh satu bakul dengan buku, alat tulis,  dan mainan yang dia nak. hehe sampai pening mama dan ayah dibuatnya... Lepas tu, boleh pula dia buat muka comel dia sampai mama cair. Terpaksa la mama pergi kaunter dan bayar dulu barang Naim... sebab dia nak terus masuk kereta dan main mainan baru tu.

Kalau ada yang nak pergi kedai ni, ia terletak berhampiran dengan pasar borong Batu Berendam dan Domino's Pizza... dari jauh dah boleh nampak kedai Eco ni.

Wassalam.


Wednesday 4 January 2017

Hari Pertama Persekolahan 2017

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Alhamdulillah hari pertama persekolahan hari ini berjalan dengan lancar. Naim nampak gembira di sekolah barunya, juga bersama rakan2 baru. Pada mulanya, kami bercadang untuk menunggu naim sepanjang hari pertama ini. Risau sekiranya naim menangis atau tidak mahu masuk ke kelas. Namun, selepas menghantar naim ke kelas pada pagi tadi, kelihatan naim seronok berada di kelas tersebut. Akhirnya kami pulang ke rumah... tetapi dalam hati memang risau dan berdoa semoga Naim baik2 saja di sekolah.


Sewaktu mengambil naim balik sekolah, cikgu memberitahu Naim ok dan tiada masalah dalam kelas. Lega rasa hati mendengarnya... dan semoga dipermudahkan untuk hari-hari seterusnya. Bercerita tentang kelas Naim... kelas tersebut mempunyai 8 orang murid yang mana kebanyakannya sama seperti Naim, iaitu autisme. Hanya seorang dua murid yang boleh bercakap dengan jelas. Cikgu juga sangat prihatin dan ada 2 orang cikgu yang akan mengawasi kelas tersebut. Kami sangat berharap Naim akan pandai membawa diri dan dapat mengikuti setiap pembelajaran dengan baik.

Wassalam.