Wednesday, 4 January 2017

Hari Pertama Persekolahan 2017

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Alhamdulillah hari pertama persekolahan hari ini berjalan dengan lancar. Naim nampak gembira di sekolah barunya, juga bersama rakan2 baru. Pada mulanya, kami bercadang untuk menunggu naim sepanjang hari pertama ini. Risau sekiranya naim menangis atau tidak mahu masuk ke kelas. Namun, selepas menghantar naim ke kelas pada pagi tadi, kelihatan naim seronok berada di kelas tersebut. Akhirnya kami pulang ke rumah... tetapi dalam hati memang risau dan berdoa semoga Naim baik2 saja di sekolah.


Sewaktu mengambil naim balik sekolah, cikgu memberitahu Naim ok dan tiada masalah dalam kelas. Lega rasa hati mendengarnya... dan semoga dipermudahkan untuk hari-hari seterusnya. Bercerita tentang kelas Naim... kelas tersebut mempunyai 8 orang murid yang mana kebanyakannya sama seperti Naim, iaitu autisme. Hanya seorang dua murid yang boleh bercakap dengan jelas. Cikgu juga sangat prihatin dan ada 2 orang cikgu yang akan mengawasi kelas tersebut. Kami sangat berharap Naim akan pandai membawa diri dan dapat mengikuti setiap pembelajaran dengan baik.

Wassalam.

No comments:

Post a Comment