Saturday, 17 June 2017

Selamat Hari Lahir yang ke 6 Tahun Abang Naim

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Hari ini merupakan hari lahir anak syurga kami Naim... Semoga Naim membesar menjadi anak yang soleh, sihat, berjaya di dunia dan akhirat. Semoga Allah sentiasa melindungi dirimu wahai anak syurga. Mama dan ayah akan lakukan yang terbaik untuk masa depan Naim. SELAMAT HARI LAHIR YANG KE 6 TAHUN SAYANG...

Penangan bangun pukul 3.30 pagi... Puas anak syurga ni bermain, melompat, dan memanjat tadi. Akhirnya dalam kereta baru dia nak tido, tu pun dah pukul 3 petang. Yang buat mama terharu... abang Naim menyanyi lagu Selamat Hari Jadi, kemudiannya siap buat hadiah sendiri seolah tahu hari ini ialah hari lahirnya. Kemudian, barulah mama terangkan yang hari ini ialah hari lahir abang Naim... tapi kita sambut masa raya nanti ya sebab sekarang puasa. Nanti kat kampung kita potong kek birthday abang. Anak syurga ini hanya tersenyum seolah mengerti dan faham apa yg mama katakan. Allah... terima kasih kerana kurniakan kami anak syurga ini.

Wassalam.

No comments:

Post a Comment