Tuesday 9 October 2018

Layankan abang Naim yang baru baik demam nak pergi Zoo

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Pagi ahad lepas, kami ke Zoo Melaka melayankan anak syurga yang baru baik demam ni nak tengok binatang2. Masa sampai pagi tu pun dah ramai orang dengan rombongan pelajar sekolah lagi. Kebetulan masa tu tengah promosi tiket murah kan... tu yang kitorang pun pergi, sama2 menyokong penaiktarafan Zoo Melaka.

Masuk dalam zoo... memang excited la abang naim nak tengok semua binatang, adik pun sama juga suka dia dapat lari bebas kat zoo tu. Tapi sebab tak larat nak kejar adik sentiasa... jadi bila ibu ayah dah penat, kena la masukkan adik dalam stroller.

Paling best bila sampai kat tempat gajah, seronok abang dengan adik dapat tengok gajah besar. Pastu dapat bagi gajah makan... kali ni abang naim dah berani bagi gajah makan. hihi sebelum ni dia geli dengan air liur gajah :)

Dah habis pusing satu zoo... kami sambung lagi pusing zoo naik tram pulak. Kita layankan je la anak syurga sorang ni yang suka naik keretapi :) Jom kita layan gambar2 kat zoo...



















Wassalam.

Friday 5 October 2018

Trip ke Sarawak Part 2: Rombongan Cik Kiah Ke Kedai Kek Lapis Sarawak, Menaiki Bot Menyeberang Sungai Sarawak, dan Bergambar di Tugu Kucing

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Hari kedua di Kuching... kami yang dah macam rombongan Cik Kiah ni menjejak kaki ke kedai kek lapis sarawak yang terkenal, iaitu Mira Cake House. Pada mulanya semua kata nak tengok2 je kek lapis sarawak tu... sekali bila dah masuk kat dalam kedai, semua pun jadi rambang mata. Semua tester kek lapis yang ada habis dirasa... sudahnya semua orang memborong kek lapis sarawak. Nasib baik Mira Cake House ada menyediakan service freezer untuk menyimpan semua kek lapis yang dibeli. Memang sedap kek lapis sarawak ni, macam2 jenis ada dan berbaloi pula dengan harganya.








Kemudian, kami menaiki bot untuk menyeberang Sungai Sarawak. Bagi kami yang first time naik bot ni macam2 rasa ada... hihi takut dan risau sebab bot tu kecil je, tapi kami naik sampai penuh bot. Belum lagi pandang kat luar bot tu tengok air sungai yang dah sama paras dengan bot yang kami naik. Memang riuh-rendah dibuatnya tapi pengalaman yang berharga buat kami. Apapun, abang naim dan adik muaz enjoy je dapat naik bot, tak takut langsung. Tq juga pada abang yg kemudi bot tu sebab rileks je dengan karenah kitorang yang huru-hara ni.














Keluar dari bot, semua rasa lega... hihi tapi sebenarnya sekali lagi kena naik bot yang sama untuk balik nanti. Kami kemudian berjalan kaki menuju ke replika atau tugu kucing yang terletak di bulatan bandaraya tidak jauh dari tepi Sungai Sarawak. Abang naim dan adik muaz suka sangat dapat tengok kucing besar tu :) Selesai bergambar di tugu kucing, kami kembali ke jeti di tepi sungai sarawak untuk menyeberang sungai... kali kedua naik bot ni dah kurang sikit rasa takut.








Wassalam.

Thursday 4 October 2018

Program Amali Wang BSN Ppki

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Pagi tadi telah berlangsungnya program Amali Wang BSN yang bertempat di Bank Simpanan Nasional Jalan Munshi Abdullah. Program ini melibatkan penyimpanan wang hasil tabungan murid-murid ppki kelas abang Naim.

Walaupun abang Naim dah masuk 2 hari demam, batuk, dan selsema... dia tetap juga nak pergi sekolah. Bila ibu tak bagi pergi, mula la abang naim merajuk. Akhirnya ibu dan ayah hantar juga abang naim untuk ikut program di BSN... Tapi siap2 pesan kat cikgu untuk maklumkan keadaan naim dari semasa ke semasa.

Masa mula2 sampai di BSN, tengah tunggu kawan2 yang lain.

Dengan kawan2 sebelum masuk ke BSN

Naim dah selesai masukkan duit tabungan ke dalam akaun BSN

hihi yang ni tengah menangis... pujuk pun tak boleh dah

Elok je sampai rumah... dapat kfc terus riang ria dan melompat :)
Pukul 12pm... ppm dah telefon ibu bagitau yang abang naim dah menangis kat situ, hihi pujuk pun dah tak jalan. Ibu dan ayah pun ke BSN untuk ambil naim balik ke rumah. Tapi elok je dah nak sampai rumah, dia minta beli kfc pulak... hihi sebelum tu pujuk semua pun dia tak nak. Sampai kat rumah, riang ria pulak abang naim macam dah tak demam. Ibu pun pening... agaknya dia penat sebab menunggu lama masa kat BSN walaupun cikgu dah awalkan giliran naim. Apapun terima kasih kat cikgu2 dan ppm yang tolong jagakan naim masa kat BSN.

***Program ini juga sebenarnya telah berjaya mendidik abang naim untuk menabung di rumah dan belajar tentang berjimat-cermat.

Wassalam.

Thursday 27 September 2018

Program Amali Wang Membeli-belah Di Mydin Mitc

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Pagi tadi telah berlangsungnya program amali wang membeli-belah anak-anak ppki di Mydin Mitc. Alhamdulillah naim dapat turut serta... seronok dia dapat pergi Mydin. Balik rumah pun seronok je dia tunjuk kat ibu barang2 yang dia beli pagi tadi :)

Terima kasih semua cikgu dan ppm yang banyak bersabar dan memberi bimbingan kepada anak-anak ppki :)

tengah cari barang yang nak dibeli
tengah teliti senarai barang yang kena beli
hihi happy je naim
Muka happy dah dapat cari semua barang :)
Pandai abang naim bayar kat kaunter :)
Anak-anak ppki dengan cikgu dan ppm

Wassalam.