Monday, 5 August 2019

Congrats Cik Ani...

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera...

Alhamdulillah semalam telah berlangsungnya konvokesyen sepupu saya di Uniten. Paling seronok anak dua orang tu sebab dapat makan2 dan potong kek birthday, jalan2, pergi tasik dan juga main kat playground. Penuh aktiviti kami selama dua hari tu... Tahniah buat Cik Ani... semoga terus berjaya dan cemerlang selepas ini.





In shaa Allah suatu hari nanti

Seronok abg naim dan adik muaz 
Wassalam.

Friday, 2 August 2019

Menghadiri mesyuarat badan KPKP dan ambil Report Card abang Naim

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera...

Pagi tadi saya telah menghadiri mesyuarat Badan KPKP yang diadakan kali kedua pada tahun ini. Selesai pembentangan kokurilum, kewangan, program, dll yang berkaitan dengan kelas KPKP... pelbagai isu telah dikongsikan bersama di antara ibu bapa dan guru-guru. Sungguh banyak input dan ilmu yang diperolehi sepanjang mesyuarat tersebut, ia juga membuka minda kami ibu bapa terhadap masa depan anak2 KPKP.

Selesai mesyuarat, ibu bapa diminta berjumpa dengan guru yang berkenaan untuk membincangkan perkembangan anak-anak dan menandatangani borang RPI anak masing-masing. Masya Allah... sepanjang pertemuan tersebut, Cikgu Intan memaklumkan banyak perkembangan positif yang telah ditunjukkan oleh abang Naim. Ibu sangat terharu bila abang naim sudah boleh mengurus diri dan berdikari, juga tiada sebarang masalah dalam perhubungan sosial, bilamana abang naim sudah boleh bercakap secara dua hala. Perbincangan di antara ibu dan Cikgu Intan juga berkisar tentang cara untuk meningkatkan kebolehan dan kemahiran abang Naim di masa hadapan, di samping menangani isu emosi yang adakalanya tidak stabil.

Perbincangan dengan Cikgu Intan
Terima kasih buat semua cikgu dan ppm yang berusaha dengan sabar untuk mendidik anak-anak syurga. Sungguh besar jasa mereka demi anak-anak syurga yang dikasihi.

Doa Ibu dan Ayah semoga abang Naim terus cemerlang dan berjaya dunia dan akhirat. In shaa Allah Ibu dan Ayah akan lakukan dan usaha yang terbaik untuk abang Naim. Aamiin.

#AnakSyurga
#AutismeSpeechDelay
#MesyuaratBadanKPKP
#PerbincanganRPIkelasKPKP
#TerimaKasihCikguDanPPM

Wassalam.

Thursday, 1 August 2019

Terapi Renang Kelas Abang Naim

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera...

Pagi tadi abang naim telah berkesempatan mengikuti terapi renang bersama rakan sekelas yang diadakan di Bayou Lagoon Resort. Terapi renang kali ini dikendalikan oleh Fasilitator dari IPG yang menjalankan beberapa aktiviti bersama murid-murid termasuklah slot keyakinan di air, slot keselamatan di air, dan slot aktiviti bebas.

Alhamdulillah nampaknya abang naim memang sangat teruja dan seronok dapat terlibat dalam semua aktiviti air tersebut. Ibu juga dimaklumkan oleh cikgu bahawa abang naim pandai mengurus diri sendiri terutamanya semasa di bilik persalinan tanpa sebarang arahan dan pemerhatian.









In shaa Allah nanti ada kelapangan dan rezeki, ibu dan ayah akan hantar naim ke kelas renang seperti yang dicadangkan oleh cikgu.

Wassalam.

Bila abg Naim masak Spaghetti sendiri...

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera...

Lepas maghrib tadi tiba-tiba abang naim minta spaghetti goreng...
Ibu pun kata kat dia "Alahai abang, ibu dah tutup dapur la"
Lepas tu abang naim kata dia nak masak sendiri...
Hihi ok la ibu tolong sediakan bahan-bahannya ya.

Maka tersedialah spaghetti goreng oleh abang naim.
Hihi spaghetti goreng ekspress namanya, sebab cuma letak carrot dan telur je.
Bahan yang lain masih beku dan tak sempat nak tunggu cair.
Jadi la kan... yang penting anak syurga ibu happy dapat makan spaghetti goreng yang dia masak sendiri.


Muka happy dapat makan spaghetti goreng

Spaghetti goreng by Abang Naim

#AnakSyurga
#AutismeSpeechDelay
#SpaghettiGorengbyAbangNaim

Wassalam.

Monday, 29 July 2019

Congrats En.Suami & Team

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera...

Alhamdulillah penyelidikan yang dijalankan oleh En.Suami dan team dari Utem telah disiarkan di akhbar hari ini. Semoga kejayaan yang diperoleh menjadi pembakar semangat buat semua untuk terus berjaya dan cemerlang di masa hadapan.

Alhamdulillah...

Abang Naim kata dia pun nak masuk dalam suratkhabar. In shaa Allah boleh abang, tapi abang
kena belajar rajin2 dulu ya.

Tahniah juga buat En.Suami di atas perlantikan sebagai Ketua Jabatan bermula September nanti. Semoga terus istiqomah dalam menjalankan tugas dan amanah yang diberi... Aamiin.

*** Memandangkan ayah bakal sibuk dengan tugasan baru nanti... Ibu kena bersedia jadi supermom buat abg naim dan adik Muaz nanti.

Wassalam.

Wednesday, 17 July 2019

Pertandingan Bowling Jemputan di Mahkota Parade

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Pagi tadi abang Naim dan kawan2 telah mengikuti pertandingan bowling jemputan yang diadakan di Ampang Superbowl, Mahkota Parade. Alhamdulillah seronok dapat lihat anak-anak syurga semua yang terlibat bermain bowling dengan bersungguh-sungguh.

abg Naim dgn bff

Tekun dengar taklimat dari cikgu

Budak tak reti duduk diam ni...
Terima kasih cik ain tolong jagakan adik muaz

abg Naim dengan kawan-kawan yang terlibat bowling

Gambar dengan cikgu... semangat semua nak main bowling

Adik pagi2 dah minta asikrim

Good luck abang....
Abang Naim fokus bermain bowling

Habis main bowling... kita makan kat McD.
Suka dia dapat makan aiskrim sundae 

Balik rumah kepenatan... 

Terima kasih kepada cikgu-cikgu yang memberi peluang kepada anak-anak syurga untuk terlibat sama dalam program ini. Pendedahan awal ini banyak manfaatnya di samping memperoleh pengalaman baru buat mereka.

#bowlingjemputan
#KelasKPKP
#CariPengalaman

Wassalam.

Friday, 26 April 2019

Brownies Kedut Order drpd Customer

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Alhamdulillah semalam dapat menyiapkan order drpd customer yang inginkan 3 biji brownies yang sama hiasan toppingnya. Topping brownies kali ini dihiasi dengan nutella, strawberry dan coklat kinder bueno. Terima kasih dan semoga customer berpuas hati hendaknya...





Wassalam.

Thursday, 11 April 2019

Sukan Tahunan Sekolah Abang Naim

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Alhamdulillah petang tadi telah berlangsung dengan jayanya Sukan Tahunan Sekolah abang Naim. Terima kasih kepada semua cikgu dan ppm yang telah bertungkus-lumus menguruskan dan memastikan kelancaran program sukan sekolah.

Petang tadi, abang Naim terlibat dalam acara lari 50m pendidikan khas kategori kefungsian rendah. Seronok abang naim dapat masuk acara sukan kali ini, bersemangat sungguh dia nak datang sekolah petang tadi. Alhamdulillah walaupun sekadar dapat tempat keempat dan hadiah saguhati... abang naim tetap juara di hati ibu dan ayah. Yang penting semangat dan keyakinan abang naim untuk terlibat dalam acara sukan tadi... ☺☺

Semangat abang naim nak bersukan petang tadi ☺

hihi adik tido masa mula sampai tadi


dengan kaki ayam tu... dia pun nak lari jugak ☺☺
Acara lari 50m kefungsian tinggi
Acara lari 50m kefungsian rendah
Acara lari 50m terbuka perempuan
hihi walaupun saguhati tapi nak juga naik atas tu ☺☺
Love u sayang... cuba lagi tahun depan ya ☺☺



Wassalam.

#SukanTahunanSekolah
#Lari50mPendidikanKhas

Tuesday, 2 April 2019

2 April Hari Kesedaran Autisme Sedunia

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Selamat menyambut Hari Kesedaran Autisme Sedunia yang disambut pada 2 April setiap tahun. Kepada semua ibu bapa yang mempunyai anak-anak autisme, sama-sama kita sayangi dan terima mereka seadanya. Semoga kita terus kuat dan sabar dalam mendidik dan membesarkan mereka ☺


Wassalam.

#AutismAwareness
#SabarItuIndah

Thursday, 7 March 2019

Terapi Kuda PPKI

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Alhamdulillah pagi tadi telah berjalan terapi kuda untuk kelas abang naim di Batrisya Stable & Horse Centre, Tambak Bugis. Seronok anak-anak syurga semua dapat pegang, bagi makan, dan juga menunggang kuda ☺ Abang naim pun balik sekolah tadi siap bercerita kat ibu aktiviti dia masa terapi pagi tadi.








Terima kasih kepada semua cikgu dan ppm yang penuh kesabaran dalam melayan setiap karenah anak syurga kami.

Wassalam.