Sunday, 16 October 2016

Kek Mentega Yang Lembut dan Gebu

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Petang tadi sempat saya menyiapkan sebiji Kek Mentega untuk hidangan tetamu yang akan berkunjung ke rumah. Alhamdulillah kek mentega ini memang merupakan kegemaran kami sekeluarga. Walaupun hanya kek yang simple, tapi terasa puas dapat makan kek ini tanpa sebarang krim yang memuakkan.

Resepi untuk Kek Mentega ini saya rujuk di sini. Terima kasih kepada pemilik resepi yang sudi berkongsi resepi kek mentega yang senang dan mudah ini. Bagi sesiapa yang menyukai kek mentega, bolehlah mencuba resepi ini.


Kek Mentega

Kek Mentega yang lembut dan gebu...

Bahan-bahan:
  • 250g mentega Anchor
  • 170g gula kastor
  • 210g tepung gandum
  • 1 sudu teh baking powder
  • 4 biji telur gred A
  • 1 sudu teh esen vanilla

Cara Buat:
  1. Satukan mentega, gula kastor, tepung gandum, dan baking powder. 
  2. Kacau sebati kesemua bahan menggunakan mixer dengan kelajuan paling perlahan.
  3. Kemudian, masukkan telur satu persatu dan akhir sekali masukkan esen vanilla.
  4. Kacau lagi hingga sebati selama 3 minit.
  5. Panaskan oven pada suhu 160' selama 15 minit.
  6. Masukkan adunan dalam loyang bersaiz 8".
  7. Bakar selama 45 minit atau sehingga masak.

Selamat Mencuba.

No comments:

Post a Comment