Sunday, 26 February 2017

Naim dan Kawan2 Main Air di Pengkalan Balak

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Pagi tadi selepas menghantar kek di rumah kawan, mereka mengajak kami bersama ke Pengkalan Balak membawa anak2 untuk bermain air. Disebabkan kami tiada apa2 plan pagi tadi... kami bersetuju untuk ikut sekali memandangkan sudah lama juga kami tidak membawa naim bermain air.

Sampai di sana, kami terus mencari parking dan tempat yang sesuai. Disebabkan semuanya tak dirancang, kami hanya duduk di tepi... sambil memerhatikan anak2 bermain air. Tengahari selesai anak2 bermain air, kami makan bersama di sebuah kedai makan. Terima kasih Noreen dan family mengajak kami bersama ke pantai dan kemudiannya bermurah hati belanja kami semua makan. Semoga semakin murah rezeki dan dipermudahkan segala urusan. Amin.


Seronok abg Naim dapat main air dgn Haikal dan Mia.

Ni dalam perjalanan balik rumah... abg Naim buat sarang labah2, pastu gantung dinosaur untuk adik main :)

Wassalam.

Saturday, 25 February 2017

Konon nak jogging...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera....

Pagi tadi berkobar-kobar nak jogging kat stadium hoki Bukit Serindit. Siap bangun awal pagi lagi untuk siapkan abg Naim dan baby Muaz. Ini kali pertama kami jejakkan kaki kat sini walaupun dah lebih 10 tahun jadi orang Melaka.

Sampai je kat kawasan parking, dah nampak meriah sebab ada senam robik. hehe nak join segan pulak sbb perasan kita paling muda kat situ. Disebabkan saya dengan semangat nak jogging, en suami dengan sukarela akan menjaga baby Muaz. Jadi, saya dengan Naim jalan dulu sementara en suami menolak stroller di belakang kami. Sepanjang jalan, saya melayan Naim berlari sambil bermain bola. huhu penat jugak bila dah lama tak bersenam. Kami berehat sebentar kat tepi tasik... lepas tu ingatkan nak sambung jogging, tapi hasrat tersebut nampaknya terpaksa dibatalkan. Sebab ada playground rupanya kat situ....

Cantik tasik ni...

Baby Muaz tak reti duduk diam dlm stroller... siap meniarap lagi :)

Berehat sebentar di tepi tasik...

Layankan anak syurga bermain di playground

Kasut pun dah berlapuk... sebab dah setahun lebih tak bersenam. 

Naim bila dah nampak playground, terus je lupa dengan bola dia. Mama pun terpaksa la teman abg Naim main kat playground. Takpe la, next time lepas hantar abg naim pergi sekolah, mama akan singgah kat sini untuk jogging. Pagi tu sebelum balik ke rumah, kami pusing2 dulu di Bandar Hilir dan Pulau Melaka.

Wassalam.

Friday, 24 February 2017

Kek Coklat Cheese Berhantu Lagi...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Kek Coklat Cheese Berhantu ni saya buat petang tadi. Nak tau kenapa nama kek ni berhantu? hehe sebab bila korang dah makan sikit kek ni, confirm memang sedap dan susah nak berhenti makan. Saya pula memang sukakan kek ini disebabkan kek coklatnya yang sangat moist, di samping gabungan lapisan cheese dan coklat ganache yang meleleh tu. Yang pasti kek coklat cheese ni memang sangat sedap dan tak rasa jemu. Jadi, bila anak tekak ni dah meminta-minta... terpaksa la buat juga kek ni. Nasib baik la baby Muaz duduk diam je semalam, bole mama buat kek.




Kalau ada yang teringin nak buat sendiri kek coklat cheese berhantu ni, boleh la cuba buat nanti... boleh rujuk di sini. Selamat Mencuba.

Wassalam.


Thursday, 23 February 2017

Perkembangan baby Muaz 5 bulan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Alhamdulillah hari ni baby Muaz dah pun berusia 5 bulan... perkembangan dan berat badannya juga semakin bertambah. Sekarang ni Muaz suka berbual-bual, pantang nampak ayah dan abang naim... cepat je dia nak minta angkat dan berbual.

Sekarang ni Muaz tengah belajar untuk merangkak... baru saja pandai maju ke depan sedikit. Tidur pula mesti nak meniarap, kadang2 sampai risau takut Muaz sukar nak bernafas bila tertutup hidungnya. Sampaikan dalam buai pun Muaz nak tidur meniarap... bila dibetulkan posisi badannya, dia akan beralih meniarap semula.

Sabar je la dengan baby Muaz ni... dalam buai pun nak tido meniarap

Bulan depan genap 6 bulan, Muaz akan mula makan. Sekarang ni pun bila tengok kitorang makan, cepat je Muaz nak capai... hehe siap meleleh air liur lagi. Sabar ye sayang bulan depan mama suap Muaz makan :)

Wassalam.

Wednesday, 22 February 2017

Crunchy Coklat Chips Cookies

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Lama rasanya saya tak buat cookies sejak sarat mengandung dulu hinggalah kini. Hari ni terasa rajin pula nak buat cookies. Kat rumah ni memang semua sukakan cookies yang satu ni iaitu Crunchy Coklat Chips Cookies. Namanya pun dah macam tu, belum lagi masa makan... sampai tak sedar dah nak habis sebalang. Memang cookies ni sedap sangat, rangup di luar dan cair di mulut... hehe lagi2 bila tergigit coklat chips tu. Naim pun suka cookies ni siap bawa bekal ke sekolah lagi :)



Biasanya menjelang Ramadan saya akan mula menjual cookies ini. In shaa Allah, tahun ni jika berkesempatan saya akan mulakan semula bisnes cookies ni.

Wassalam.

Saturday, 18 February 2017

Perkembangan Anak Syurga Kami...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera....

Sekarang ni nampak banyak perkembangan Naim sejak bersekolah di sekolah baru. Alhamdulillah dari segi percakapan juga sudah ada peningkatan. Naim sudah boleh menyebut banyak perkataan, di samping membaca abc, 123, dan alif baa taa. Sekarang kami sedang cuba melatih naim untuk memegang pensel dan menulis dengan lebih baik. Jika sebelum ni Naim banyak berkhayal dan seolah-olah berada di dunia sendiri, tetapi sekarang Naim dah boleh fokus dan mendengar arahan dengan baik. Semoga kami terus istiqomah dan sabar dalam mendidik anak syurga ini.

Naim juga kini sudah pandai berdikari... kalau sebelum ni semua nak mama dan ayah buatkan, tapi sekarang naim akan buat sendiri mana yang dia boleh buat. Satu perkara yang kami sangat tak sangka ialah Naim sebenarnya seorang yang penyayang. Sejak ada adik, memang dia akan jaga dan sayang adik selalu. Ini berbeza dengan kanak2 autisme lain yang tidak sukakan bayi kerana sering menangis dan rasa diri mereka diabaikan. Alhamdulillah mudah-mudahan rasa kasih dan sayang dalam diri naim ini akan berterusan. Mama, ayah dan adik Muaz akan sentiasa di sisi abang Naim.

Ini cerita petang semalam... Anak syurga ni dah pandai nak buat air sendiri.
hehe nasib baik la mama nampak abang Naim tuang semua kordial dalam botol air dia.
Kalau tak, mesti dah terminum :)

Sebenarnya banyak perkara yang boleh dikongsikan mengenai anak autisme ini. Apa yang saya tulis di sini semuanya pengalaman saya sendiri yang mempunyai anak autisme. Memang bukan mudah sebenarnya nak mendidik mereka, kerana mereka dilahirkan memang berlainan dengan kanak-kanak normal yang lain. Selain redha mempunyai anak istimewa ini, sifat sabar dan tabah juga sangatlah perlu, di samping sentiasa menunjukkan rasa kasih dan sayang kepada mereka.

Wassalam.

Thursday, 16 February 2017

Rezeki Anak Syurga dapat KFC free

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Alhamdulillah hari ini balik sekolah, Naim dapat 1 box KFC percuma, rezeki anak-anak syurga yang ditaja oleh KFC sendiri. Masuk kereta, terus je naim makan ayam kfc tu, hehe tak sempat sampai rumah pun.


Esok pula Naim akan mengikuti terapi bowling... semoga dipermudahkan esok hari dan mama harap naim akan seronok dan belajar sesuatu yang baru nanti.

Wassalam.

Wednesday, 15 February 2017

Cotton Soft Japanese Cheesecake

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Alhamdulillah kek ini merupakan tempahan semalam daripada customer Ila. Cotton Soft Japanese Cheesecake ini memang menjadi pilihan utama customer. Rasa dan tekstur kek yang sangat gebu dan sedap membuatkan kita tak jemu memakannya, ditambah pula dengan topping blueberry di atas kek. Memang akan makan sambil pejam mata menikmati kek tersebut.


Nak buat kek ini juga sebenarnya tidaklah sesukar seperti yang dilihat. Yang penting kena sediakan dahulu bahan-bahannya, proses seterusnya memang mudah. Kalau anda buat betul2 ikut resepi yang diberi, in shaa Allah kek akan jadi tanpa sebarang masalah. Hehe tapi kalau malas nak buat dan teringin juga nak makan, boleh order dengan saya... area Melaka sahaja ya.

Wassalam.

Tuesday, 14 February 2017

Raksasa vs Raksasa Lego

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Anak syurga yang seorang ini memang minat mengumpul raksasa (Naim memanggil dinosaur sebagai raksasa). Pergi la ke mana pun, raksasa juga yang akan dibelinya. Satu lagi minat naim ialah permainan lego... yang ni memang nampak naim kreatif dalam menyusun lego. Biasanya naim akan menyusun lego menjadi castle, taman raksasa, dan juga raksasa.

hehe Raksasa vs Raksasa Lego...

Koleksi raksasa terbaru naim
Sisi kreatif Naim... ada lego, ada juga raksasa :)

Terima kasih nenda dan ummi yang belikan Naim 3 ekor raksasa baru ni. Nampaknya semakin bertambahlah koleksi raksasa naim.

Wassalam.

Tuesday, 7 February 2017

Homemade Pizza...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Hari ni berkobar-kobar nak try buat homemade pizza. Kat rumah ni yang suka makan pizza hanya saya dan naim. En suami pula tak berapa gemar makan pizza, jadi memang kami tak pernah membeli pizza. Resepi homemade pizza ni saya rujuk di mrGoogle.




Alhamdulillah menjadi juga pizza yang saya buat, cuma perlu penambahbaikan di masa akan datang supaya doh pizza menjadi lebih lembut. Memang sedap dan puas hati bila kita dapat makan pizza hasil air tangan sendiri. En Suami yang tak suka pizza pun boleh bertambah makan pizza ni. Lagi pula boleh letak mozarella cheese tu banyak2... hehe memang bertambah jugak la kolesterol nanti.

Wassalam.

Thursday, 2 February 2017

Adik jadi peneman Abang main lego

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Bercerita mengenai anak syurga yang seorang ini, memang terlalu obses dengan permainan lego dan dunia raksasanya. hehe banyak sudah koleksi raksasa yang disimpannya. Sampaikan ke mana sahaja pergi, raksasa juga yang akan dibelinya. (Naim memanggil Dinosaur dengan panggilan raksasa).


Bila abang leka menyusun lego... adik la yang jadi peneman setia abang. Bukan main khusyuk lagi adik melihat abang bermain lego. Sabar ye adik, nanti dah besar... boleh main lego sama2 dengan abang.

Adik Muaz dah nak masuk 5 bulan... hehe panjang akalnya sekarang. Dah pandai meniarap dan masih cuba untuk merangkak.

Wassalam.