Sekarang ni nampak banyak perkembangan Naim sejak bersekolah di sekolah baru. Alhamdulillah dari segi percakapan juga sudah ada peningkatan. Naim sudah boleh menyebut banyak perkataan, di samping membaca abc, 123, dan alif baa taa. Sekarang kami sedang cuba melatih naim untuk memegang pensel dan menulis dengan lebih baik. Jika sebelum ni Naim banyak berkhayal dan seolah-olah berada di dunia sendiri, tetapi sekarang Naim dah boleh fokus dan mendengar arahan dengan baik. Semoga kami terus istiqomah dan sabar dalam mendidik anak syurga ini.
Naim juga kini sudah pandai berdikari... kalau sebelum ni semua nak mama dan ayah buatkan, tapi sekarang naim akan buat sendiri mana yang dia boleh buat. Satu perkara yang kami sangat tak sangka ialah Naim sebenarnya seorang yang penyayang. Sejak ada adik, memang dia akan jaga dan sayang adik selalu. Ini berbeza dengan kanak2 autisme lain yang tidak sukakan bayi kerana sering menangis dan rasa diri mereka diabaikan. Alhamdulillah mudah-mudahan rasa kasih dan sayang dalam diri naim ini akan berterusan. Mama, ayah dan adik Muaz akan sentiasa di sisi abang Naim.
Ini cerita petang semalam... Anak syurga ni dah pandai nak buat air sendiri. hehe nasib baik la mama nampak abang Naim tuang semua kordial dalam botol air dia. Kalau tak, mesti dah terminum :) |
Sebenarnya banyak perkara yang boleh dikongsikan mengenai anak autisme ini. Apa yang saya tulis di sini semuanya pengalaman saya sendiri yang mempunyai anak autisme. Memang bukan mudah sebenarnya nak mendidik mereka, kerana mereka dilahirkan memang berlainan dengan kanak-kanak normal yang lain. Selain redha mempunyai anak istimewa ini, sifat sabar dan tabah juga sangatlah perlu, di samping sentiasa menunjukkan rasa kasih dan sayang kepada mereka.
Wassalam.
No comments:
Post a Comment