Hari ni merupakan kali pertama kami menghantar Naim terapi carakerja di Taman Tasik Ayer Keroh. Kami telah buat keputusan untuk menghantar naim terapi sekali seminggu demi perkembangan dan pemulihan anak syurga ini. Selepas ini, kami akan masukkan juga naim untuk slot terapi percakapan. Sementara menunggu abang naim menjalani terapi, mama dan ayah pun singgah la kat satu tempat yang dah viral dan glamor... iaitu Mango Float Royale Melaka di Sungai Putat.
Masa kami sampai tu dah tak penuh orang... rasa lega sikit sebab tak payah nak beratur panjang-panjang. Pertama kali merasa mango float ni... memang sedap sangat mango float ni ditambah dengan askrim mango, dan buah mango tu sendiri. Memang berbaloi sangat kalau nak beli dengan harganya rm5 secawan. Kalau yang nak makan... ada je menu yang lain juga.
amboi... adik muaz pun nak juga rasa mango float |
hehe takyah beratur panjang... |
Wassalam.
No comments:
Post a Comment