Wednesday 26 April 2017

Naim ikut terapi audio visual - cerita Smurfs The Lost Village

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Alhamdulillah pagi tadi Naim telah mengikuti terapi audio visual yang merupakan program pendidikan khas di sekolahnya. Naim dan rakan-rakan sekelas telah pergi melihat filem Smurfs The Lost Village di MBO Melaka Mall. Terapi audio visual ini salah satu cara untuk membantu kanak-kanak autisme. Dengan audio visual, mereka akan dapat mengenal warna dan watak, lebih fokus mengikuti dan memahami penceritaan, serta dapat mendorong keinginan untuk mengetahui dengan lebih banyak.

Ni la budak bertuah... sempat lagi dia nak beli mainan.

dapat ni sbg souvenir

dan ni jugak... :)
Ibu bapa diminta untuk mengambil anak-anak di Melaka Mall setelah mereka selesai menonton cerita tersebut. Kami ambil Naim di sana pukul 12.30 tgh... di McD. Semasa berjumpa dengan cikgu, cikgu memberitahu Naim baik dan fokus sepanjang menonton cerita tersebut. Sebenarnya, ini merupakan kali pertama Naim menonton filem di pawagam. Kami memang tak berani nak bawa Naim ke pawagam sebelum ini sebab risau sekiranya naim tantrum semasa menonton cerita. Ok lepas ni, mama dan ayah dah boleh bawa abang Naim menonton filem di pawagam... :)

Wassalam.

No comments:

Post a Comment