Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Alhamdulillah banyak perubahan pada anak syurga kami Naim. Semakin banyak perkataan yang kedengaran dan sudah pandai juga membina ayat pendek ketika bercakap. Sekarang kami dalam fasa membetulkan setiap sebutan naim dan membantunya membina ayat yang mengandungi 3 patah perkataan atau lebih. Naim juga sudah mula memahami dan mengikuti arahan dengan jelas.
Sebuah catatan peribadi untuk tatapan di masa hadapan. "Hidup ini tidaklah sentiasa indah, ujian dan dugaan membuatkan kita kuat dan berani untuk menghadapi hari mendatang".
Saturday, 31 March 2018
Monday, 19 March 2018
Bawa anak-anak ke Zoo Taiping
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Kami membawa anak2 ke Zoo Taiping pada pagi Ahad. Seawal 8.30 pagi kami telah berada di zoo dan membeli tiket masuk. Kami memilih untuk berjalan kaki dahulu semasa berada di zoo, kemudiannya barulah menaiki tram yang disediakan.
Apabila ada anak syurga, sememangnya amat susah untuk menidakkan kemahuan mereka... terutamanya anak autistik kami. Dari semalam lagi naim asyik menyebut nak ke zoo, jadinya pagi ahad kena la bawa juga naim ke zoo. Pertama kali kami ke Zoo Taiping, secara keseluruhannya zoo ini agak natural dikelilingi alam semulajadi. Cumanya tiada show seperti di zoo melaka, dan juga tidak boleh memberi makanan kepada binatang seperti gajah. Apapun, anak2 memang seronok dapat melihat banyak binatang di situ.
Kami pulang ke homestay tengahari dan berehat seketika sebelum bersiap untuk ke kenduri kahwin selepas itu. Sudahnya kami memang terlewat ke kenduri sepupu... nasib ler tak kena marah.
Wassalam.

Thursday, 15 March 2018
Terapi Kuda PPKI
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Alhamdulillah pagi tadi telah berjalan dengan lancar program terapi kuda kelas Naim yang bertempat di Kampung Tambak Bugis, Alai, Melaka. Terapi kuda ini merupakan yang pertama bagi Naim, cikgu juga membenarkan kami ikut serta ke terapi kuda tersebut.
Alhamdulillah Naim seronok sepanjang mengikuti terapi kuda tersebut. Murid-murid terlebih dahulu diperkenalkan dengan kuda, bangsal kuda dan juga alatan yang ada di situ. Kemudian, diberi penerangan tentang makanan dan cara memberi kuda makan. Naim juga diberi peluang memberi kuda makanan dan kemudiannya menggosok dan memegang kuda secara lebih dekat, sebelum dibenarkan menunggang kuda di situ.
Yang seronok, ibu dan ayah turut diberi peluang oleh cikgu untuk memberi kuda makan dan menunggang kuda. Tapi disebabkan ibu penakut dan belum bersedia :), ayah sorang je yang menunggang kuda. Terima kasih kepada cikgu-cikgu yang sangat sporting dan menerima kehadiran kami utk turut serta sepanjang terapi kuda tersebut berlangsung. Paling seronok abang Naim sebab akhirnya dapat juga dia menunggang kuda. Senyum je dia sepanjang hari tu.

eh yang ni macam kenal je :) Ayah pun dapat tunggang kuda. |
Yang seronok, ibu dan ayah turut diberi peluang oleh cikgu untuk memberi kuda makan dan menunggang kuda. Tapi disebabkan ibu penakut dan belum bersedia :), ayah sorang je yang menunggang kuda. Terima kasih kepada cikgu-cikgu yang sangat sporting dan menerima kehadiran kami utk turut serta sepanjang terapi kuda tersebut berlangsung. Paling seronok abang Naim sebab akhirnya dapat juga dia menunggang kuda. Senyum je dia sepanjang hari tu.
Wassalam.
Subscribe to:
Posts (Atom)