Monday, 19 March 2018

Bawa anak-anak ke Zoo Taiping

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Kami membawa anak2 ke Zoo Taiping pada pagi Ahad. Seawal 8.30 pagi kami telah berada di zoo dan membeli tiket masuk. Kami memilih untuk berjalan kaki dahulu semasa berada di zoo, kemudiannya barulah menaiki tram yang disediakan.

Apabila ada anak syurga, sememangnya amat susah untuk menidakkan kemahuan mereka... terutamanya anak autistik kami. Dari semalam lagi naim asyik menyebut nak ke zoo, jadinya pagi ahad kena la bawa juga naim ke zoo. Pertama kali kami ke Zoo Taiping, secara keseluruhannya zoo ini agak natural dikelilingi alam semulajadi. Cumanya tiada show seperti di zoo melaka, dan juga tidak boleh memberi makanan kepada binatang seperti gajah. Apapun, anak2 memang seronok dapat melihat banyak binatang di situ.

















Kami pulang ke homestay tengahari dan berehat seketika sebelum bersiap untuk ke kenduri kahwin selepas itu. Sudahnya kami memang terlewat ke kenduri sepupu... nasib ler tak kena marah.

Wassalam.

No comments:

Post a Comment