Wednesday, 2 May 2018

Jalan2 ke Temerloh

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Sempena cuti hari Pekerja yang lalu kami ke Temerloh... Kami menginap 3 hari 2 malam di homestay berdekatan dengan hospital. Sampai di Temerloh kami pusing2 bandar dulu dan berhenti di tepi sungai Pahang untuk melihat suasana di sekitarnya.




Pertama kali ke Temerloh, sudah pasti teruja lagi2 bab nak makan lauk ikan patin tempoyak yg glamor tu. Kami makan di dua kedai yang berdekatan iaitu Ngeteh dan juga Go'Bang. Secara keseluruhannya, kami memang menyukai patin tempoyak yang disediakan di restoran Go'Bang. Kuahnya yang pekat dan rasanya yang sedap buat kami tak jemu makan lauk ikan patin tempoyak tu dengan nasi panas2. Sampai ke makan malam kami order menu yang sama :)

Ni masa makan kat kedai Ngeteh...
Ikan Patin Tempoyak... sedap tapi kuah agak cair sikit
Ikan Patin pais... 
Ni masa makan kat restoran Go'Bang...
macam2 lauk ada. Sape yang minat udang galah, boleh la makan kat sini jugak. Ikan bakar pun ada...
Ikan Patin Tempoyak kat Restoran Go'Bang
huhu memang sedap sangat dengan kuahnya yang pekat dan pedas. Makan sambil lap peluh dan airmata menahan pedas :)
Restoran ni buka sampai malam... makan ler puas2.
Hehe licin sampai hirup kuah :)
Sempat singgah sini bawa naim dan muaz tengok ikan patin dan talapia... kat sini tempat kalau nak beli ikan fresh.
Ikan patin dalam aquarium...
Ikan yang dah ditimbang untuk customer beli
Ikan Sangkar... kat tepi Sungai Pahang
Hari kedua di Temerloh... kami sempat bawa anak2 pergi tiga tempat utama yang menarik di sini. Hehe penat juga sebab sehari suntuk berjalan. Nasib baik anak2 semua ok, takde yang mengamuk. Tu pun tak reti penat, balik homestay diorang sambung main lagi padahal ibu dan ayah dan keletihan :)

Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan
Kuala Gandah, Lanchang

Pusat Konservasi Gajah ini terletak di Kuala Gandah, Lanchang. Perjalanan kami dari Temerloh mengambil masa kira2 50 minit untuk ke sini. Pusat Konservasi Gajah ini bermatlamat meningkatkan kesedaran orang ramai tentang ancaman dan tekanan yang dihadapi oleh gajah di Malaysia. Pusat Konservasi ini juga menggalakkan kajian dan penyelidikan berkaitan teknik pemindahan semula dan konservasi gajah.

Di Pusat Konservasi Gajah ini, kami dibenarkan memberi makan kepada anak gajah dengan makanan yang disediakan iaitu tebu dan juga kacang. Seronok abang naim dan adik Muaz dapat tengok gajah dengan lebih dekat dan memberi gajah makan. Kami juga berpeluang memerhati kehidupan anak gajah yang dilepaskan secara bebas dalam kawasan yang dipagari dengan pagar elektrik. Disebabkan kami datang pada hari biasa dan awal pagi, kami terlepas peluang untuk melihat gajah mandi dan dibersihkan serta penerangan konservasi gajah di pentas interpretasi. Selepas itu, kami meneruskan perjalanan ke Deerland Park di Lanchang.

















penat berjalan, boleh berteduh kat waqaf ni
hehe abang naim dah penat, singgah cafe makan aiskrim

Deerland Park, Lanchang

Deerland Park juga merupakan antara tempat menarik bagi pelawat. Di sini bukan sahaja terdapat hidupan utamanya rusa, ada juga spesies burung, ular, iguana, ayam, itik, dan arnab. Malah kita juga boleh melihat keindahan flora yang cantik di sekitar kawasan Deerland ini.

Sesuatu yang menggembirakan kami ketika di sini, anak syurga kami yang autistic telah berani memberi sendiri rusa makan dan juga memegang binatang yang lain seperti ayam dan cicak pasir. Sebelum ini, memang anak autistic kami takut untuk memberi haiwan makan dengan tangannya disebabkan masalah sensory yang ada. Allahu, terasa syukur sangat dan tidak sia2 kami membawa anak autistic kami ke tempat2 sebegini... kerana ianya juga merupakan satu bentuk terapi untuk melatih anak autistic kami membina lebih banyak perkataan, memahami, dan mendengar arahan. Di samping itu, dapat juga memupuk sikap penyayang dan prihatin terhadap hidupan yang ada.

Jom kita layan gambar sepanjang kami berada Deerland Park ini...







abg naim dah berani bagi rusa makan


burung merak dan spesis burung yang lain juga ada di sini
ayam pun ada...
kat sini best pemandangannya... banyak pokok2
ada ular sawa yang jinak... sape nak pegang pun boleh

ada juga iguana

hehe adik tengok je
abg naim dah berani pegang cicak pasir
ada juga arnab
abg naim dan adik muaz seronok dapat pegang ayam... memang jinak ayam kat sini

Kubang Gajah Waterpark

Kubang Gajah Waterpark merupakan taman tema air yang terletak betul2 di bandar Temerloh. Taman tema air ini agak besar dan mempunyai banyak kolam. Di sini juga disediakan banyak kerusi dan waqaf untuk pengunjung berehat sambil memerhati anak bermain air. Apa yang best kat sini, anda boleh membawa masuk makanan sendiri dan berkelah berhampiran kolam. Harga tiket juga memang berbaloi dan tiada had masa dikenakan... hehe boleh la anak2 main air puas2 kat sini.

Pemandangan dari luar Kubang Gajah Waterpark
Banyak kerusi dan tempat berehat disediakan di sini
Disediakan waqaf, siap ada buai untuk memudahkan keluarga yang membawa baby bersama :)
Ada juga ikan dan burung di sini...
Ada playground... muaz main kat sini sampai tak nak keluar dia:)
ada train juga untuk anak bermain
Ada banyak kolam kat sini, boleh pilih nak main kat mana :)
Ada gelongsor... ni memang kesukaan naim
Kolam memang luas... main ler puas2 kat sini
Bilik persalinan juga banyak disediakan untuk kemudahan pengunjung


seronok adik dapat main air
abang ajak adik berenang sekali
mula2 adik main kat tepi je... sekali dah masuk kolam, tak nak keluar dah
adik pun nak main gelongsor jugak
Seronok abang naim dan adik muaz main air

Alhamdulillah percutian yang ringkas dan semuanya berjalan lancar. Anak2 juga seronok dapat jalan2 tengok gajah, rusa dan bermain air. In shaa Allah ada rezeki, nanti kita semua ke Temerloh lagi :)

Wassalam.

No comments:

Post a Comment