Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Semasa dalam perjalanan pulang dari Temerloh, kami singgah di Bukit Tinggi. Kebetulan hari yang kami pergi merupakan hari cuti sempena Hari Pekerja, maka memang ramai orang di situ. Kami decide untuk pergi ke Colmar Tropicale dulu iaitu sebuah perkampungan Portugis. Bayaran masauk yang dikenakan untuk kitorang ialah rm13 seorang, manakala anak2 pula free sebab abg Naim ada kad oku dan adik Muaz pula bawah umur 2 tahun.
Semasa sampai di sini kami mengharapkan cuaca yang sejuk, tapi lain pula bila sampai... cuaca memang panas dan terik matahari memang terasa. Berpeluh-peluh kami dibuatnya, abang Naim juga asyik bising sebab panas. Nasib baik ada kedai yang menjual permainan dan juga tempat bermain untuk menghilangkan bosan anak2.
Di Colmar Tropicale ini, kita boleh melihat bangunan yang cantik2 dikelilingi hutan hijau dan memang cantik pemandangannya di sini. Sempat juga kami bergambar di perkampungan Portugis ini. Kalau nak makan di sini pun ada restoran yang menarik menyediakan masakan atau menu ala2 Portugis.
Selesai berjalan di Colmar Tropicale, kononnya nak ke Japanese Garden. Tapi bila sampai di situ, parking pula penuh dan ramai sangat orang. Akhirnya kami decide untuk balik dan singgah sebentar di Hutan Lipur Lentang bagi anak2 refresh main air.
Wassalam.
No comments:
Post a Comment