Saturday, 1 September 2018

Butter Chicken yang sedap

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Disebabkan abang naim dan adik muaz masih batuk dan selsema... jadinya kita duduk kat rumah je hari ni. Lagipun cuaca memang tidak mengizinkan untuk bawa anak-anak keluar sekarang dengan panas dan hujan yang tidak menentu.

Lunch hari ni ibu masak lauk ikan cencaru bakar, sayur kacang buncis tumis, dan butter chicken. Lauk butter chicken ni memang favorite semua orang kat rumah ni... kadang makan macam tu je, tak payah dengan nasi pun sedap :) Kalau makan dengan nasi pula memang confirm bertambah nasi tu. Sape yang nak diet tu tak payah mengada-ngada nak makan butter chicken ni, kejap lagi memang ke laut la diet.

Kita kongsi resepi butter chicken yang sedap ni kat sini ya...

Resepi:

Isi ayam - potong kecil
4 sudu besar butter
3 ulas bawang putih
2 tangkai daun kari
1 cili merah (kalau nak pedas, boleh letak 4/5 cili padi)
1/2 cawan susu cair
1 keping cheese kraft (potong kecil)


Cara Buat:
  • Isi ayam dipotong kecil, perapkan selama 1/2 jam dengan garam, kunyit dan sedikit serbuk kari.
  • Gaul isi ayam dengan tepung dan goreng isi ayam tadi separuh masak. Angkat dan asingkan.
  • Masukkan butter dalam kuali, tunggu hingga butter cair.
  • Tumis bawang putih, daun kari, dan cili seketika.
  • Masukkan susu cair dan kacau sebati.
  • Masukkan pula kepingan cheese. Kacau rata.
  • Akhir sekali masukkan ayam tadi.
  • Perasakan dengan garam sekiranya kuah masih tawar.
  • Jika ingin berkuah, tidak perlu masak terlalu lama.
  • Sekiranya ingin butter chicken yang pekat, tunggu seketika sehingga kuah agak pekat dan tutup api. Tepung pada isi ayam tadi akan membuatkan kuah menjadi pekat.
  • Sedia dihidang.



Wassalam.

No comments:

Post a Comment