Friday 14 September 2018

Majlis Penutup Bulan Kebangsaan dan Sambutan Hari Malaysia Sekolah Naim

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Pagi tadi di sekolah abang Naim telah berlangsungnya Majlis Penutup Bulan Kebangsaan dan Sambutan Hari Malaysia. Alhamdulillah ibu berkesempatan hadir sama di majlis tersebut di samping memberi sokongan kepada abang naim yang masuk pertandingan pakaian beragam merdeka. Sementara itu, ayah pula tolong jagakan adik Muaz... tq ayah ❤

Abang naim bersemangat betul pagi tadi nak ke sekolah dengan pakaian baju bendera... senyum dia dari pagi sampai la ke petang. Tq dear auntie Noreen yang bersusah-payah siapkan baju merdeka untuk abang naim. Alhamdulillah bahagia sangat bila tengok abang naim seronok dan gembira macam tu. Jom kita layan gambar2 abang Naim masa kat sekolah pagi tadi...

Semangat abang naim nak ke sekolah dengan baju bendera tu :)
hihi berani anak ibu ni :) masa pertandingan pakaian beragam merdeka
tengah beratur tunggu giliran...
anak-anak kelas ppki... comel semua :)
hihi tak sabar semua nak jalan catwalk ya :)
Semangat Merdeka :)
anak-anak ppki dengan pakaian beragam merdeka masing-masing
Anak-anak ppki yang terlibat dengan pertandingan pakaian beragam merdeka :) dengan cikgu dan ppm kelas ppki
naim dengan bff zafran. tahniah zafran dapat tempat ketiga :)
hihi adik sekejap je kat dewan, pastu dah mengamuk. ayah ler kena pujuk adik
amboi abang naim dah bersilat :)
tq auntie :)
Terima kasih buat semua cikgu dan ppm kelas ppki kerana berjaya memberi dorongan dan keyakinan kepada anak-anak istimewa ini untuk terlibat sama dalam program ini :)

Wassalam.

No comments:

Post a Comment