Tuesday, 25 September 2018

Trip ke Sarawak Part 1: Perjalanan Pergi dan Birthday Muaz

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Alhamdulillah kami baru saja pulang ke Semenanjung setelah 5 hari 4 malam berada di Kuching, Sarawak bersama keluarga tercinta. Terima kasih buat keluarga yang bersama-sama menjayakan percutian kali ini.

Kami bertolak ke Kuching pada hari Khamis 20 September dengan menaiki penerbangan Malaysia Airlines... Alhamdulillah semuanya dipermudahkan, termasuklah anak syurga kami Naqiuddin Naim yang autisme dan speech delay. Sepanjang perjalanan, abang Naim happy dan syukur sangat bilamana Naim tidak mengamuk dan tantrum semasa berada dalam flight walaupun pertama kali dia menaiki kapal terbang. Sebaliknya, naim sangat teruja dan tak sabar nak naik flight. Dalam flight pun Naim diam sambil menikmati makanan yang disediakan dengan khusyuknya... habis licin lasagna yang dihidangkan :)











Tiba di Kuching Airport... kami mengambil grab untuk ke homestay yang telah dibooking. Alhamdulillah selesai berehat seketika, kami menyediakan makan malam dan prepare untuk birthday adik muaz bersama dengan opah dan cik hafiz. Dua biji kek birthday kami order dengan kawan kepada owner homestay.

Selamat Hari Lahir yang ke-2 tahun Muaz sayang... Semoga Muaz membesar menjadi anak yang soleh, berjaya dan cemerlang dunia akhirat. Ibu, ayah, dan abang naim sayang kat adik ❤❤❤




Wassalam.

No comments:

Post a Comment