Thursday, 23 March 2017

Family Trip ke Port Dickson Part 4 - Muzium Tentera Darat PD

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Pada hari terakhir di Port Dickson, kami telah pergi melawat Muzium Tentera Darat PD. Pada hari kami datang, kebetulan tengah diadakan sketsa dan pameran di situ. Agak meriah dan ramai juga orang yang datang. Seronok juga dapat bergambar kenang-kenangan di situ...

Namun, sekiranya anda mempunyai anak syurga seperti kami... eloklah anda hanya membawa mereka ke tempat-tempat yang mereka suka sahaja. Jika tidak, mereka akan cepat merasa bosan dan kemudian akan bermulanya episod tantrum. Sepertimana Naim, yang kami perasan Naim tidak suka bila kami sampai ke muzium ini. Pada mulanya, Naim langsung tidak menunjukkan minat untuk melihat sketsa dan juga pameran dalam muzium. Maka, bermula episod tantrumnya tidak mahu ikut ke mana kami pergi dan menangis tanpa kami tahu sebabnya. Akhirnya, kami bawa Naim ke cafe untuk makan dan minum. Kemudian, kami layankan saja Naim yang inginkan mainan. Setelah moodnya ok, barulah kami bawa Naim ke sketsa dan pameran yang diadakan di situ.






Layankan anak syurga ni yang nak mainan...



















Kemudian, bila kami nampak Naim dah mula bosan semula... cepat-cepat kami bawa Naim ke belakang cafe di mana ada kolam ikan di situ. Seronok Naim dapat lihat ikan besar-besar di kolam tersebut. Akhir sekali, kami turutkan sahaja kemahuannya yang ingin naik jambatan gantung yang ada di situ. Memang kami tak sangka, naim berani untuk lalu di jambatan gantung tersebut. Agak panjang juga laluan jambatan gantung tersebut dan naim berjaya melaluinya.





Alhamdulillah, habis sudah percutian kami di Port Dickson. Terima kasih kepada semua keluarga yang turut bersama dalam percutian ini. In shaa Allah, ada rezeki nanti kita bercuti lagi bersama.

Wassalam.

Wednesday, 22 March 2017

Family Trip ke Port Dickson Part 3 - PD Ostrich Showfarm

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Seterusnya kami pergi ke PD Ostrich Showfarm, tidak jauh dari Pantai Teluk Kemang. Tiket untuk dewasa berharga rm15 dan kanak-kanak rm10. Memandangkan Naim anak syurga dan mempunyai kad OKU, maka tiada bayaran dikenakan untuk Naim.

Di Pd Ostrich ini bukan sahaja terdapat burung unta, tetapi terdapat juga haiwan-haiwan lain. Ianya diibaratkan seperti mini zoo... bagi yang ada anak-anak, boleh la bawa mereka ke sini. Pasti anak-anak akan berasa seronok dapat melihat haiwan dengan lebih dekat. Apa yang menarik di sini, anda juga dibenarkan untuk memberi makanan kepada haiwan.

Di sini ada burung unta yang dilepaskan sendirian, tetapi jangan takut dan lari... nanti kena kejar pula. Hehe jangan risau, ada penjaga yang sentiasa mengawasi pergerakan burung unta tersebut. Sepanjang berada di sini, bukan Naim seorang je yang seronok, kami semua turut berasa seronok... hehe kali pertama kami dapat melihat haiwan dengan dekat sebegini di samping dapat memberi haiwan tersebut makanan.

Mari kita layan gambar-gambar di bawah ini...
























Di PD Ostrich ini, anda juga boleh membawa anak-anak untuk melihat dinosaur, tetapi tiket masuk adalah berlainan. Begitu juga dengan aktiviti lain seperti memanah, menunggang kuda dll.

Dalam perjalanan balik... kami hanya bungkus makanan untuk di bawa balik sebab semua dah tak larat dan penat berjalan seharian. Sampai di resort, anak syurga yang seorang ni tak mau tido pula... minta nak main air kat taman tema di bawah. Akhirnya Cik Ain dan Cik Ani yang temankan naim main air lagi. Hehe anak syurga ni memang tak reti penat dan tak boleh duduk diam... ada je perkara yang naim nak buat :)





Akhirnya, anak syurga ni lena tido lepas maghrib sebab dah penat sangat...


Wassalam.