Tuesday, 21 March 2017

Family Trip ke Port Dickson Part 2 - Pusat Ikan Hiasan Port Dickson

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Selesai bermain air, kami terus ke Pusat Ikan Hiasan Port Dickson. Pusat Ikan Hiasan ini sudah menjadi tempat wajib kami pergi sekiranya ke Port Dickson. Anak-anak sangat suka ke sini terutamanya anak syurga kami yang memang sukakan ikan. Seronok dapat bawa anak syurga yang seorang ni ke sini melihat pelbagai jenis ikan, hidupan laut yang lain, dan juga penyu. Memang teruja dan tak berhenti mulut Naim bercakap (walaupun bercakap bahasa dia sendiri).

Jom kita layan gambar-gambar di bawah...


















Jangan risau ya... tiada sebarang bayaran dikenakan untuk masuk ke sini. Hanya perlu mendaftarkan nama sahaja. Selepas itu, pusinglah sepuasnya untuk melihat pelbagai hidupan laut di situ.

Wassalam.

No comments:

Post a Comment