Saturday, 4 March 2017

First time makan di Restoran Pak Putra Tandoori & Roti Naan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Ini kali pertama kami makan di Restoran Pak Putra Tandoori dan Roti Naan. Sebelum ni hanya lihat sahaja di facebook, kawan2 upload cerita mereka makan  di situ. Alhamdulillah mood anak2 pun ok petang tadi dan masa kami sampai belum ramai orang lagi di situ. Kami hanya memesan ayam tandoori dan roti naan sahaja.

Suka Naim dapat gambar dengan pikachu ni.... Sebelum makan, kena pastikan naim ada permainan di tangannya supaya duduk diam nanti. Kebetulan, bertentangan dengan Pak Putra ada kedai permainan, ke situ la dulu kami.

Anak syurga ni khusyuk dengan permainan yang baru dibeli tadi.

Restoran Pak Putra... masa ni baru je buka, kosong lagi. Tapi bila pukul 6 petang, berduyun orang datang dah macam kenduri pula kat sini :)

Anak syurga ni pun suka makan roti naan...

Ayam tandoori... sedap memang terasa rempahnya

Memang benarlah bak dikata orang, di sini memang terbaik ayam tandoori dan roti naan yang ada. Tak menyesal kami singgah di sini hari ini... Naim pun suka juga makan roti naan tu sebab lembut je. Lepas ni, boleh la datang lagi... Tapi, memang kena datang awal, kalau tidak memang menunggu la tempat duduk sebab sentiasa penuh je.

Wassalam.

No comments:

Post a Comment