Kami bawa anak-anak ke Zoo Melaka semalam pagi. Memandangkan anak syurga kami Naim asyik mengulang ayat "nak tengok gajah"... cair juga hati mama ni. Kami sampai di zoo pukul 9.15 pagi dan terus beli tiket di kaunter. Naim pula dapat tiket separuh harga sebab ada kad OKU.
Seronok anak syurga kami Naim dapat masuk ke Zoo melihat banyak haiwan. Paling dia suka dapat tengok gajah yang dia asyik ulang2 cakap dari hari sabtu lagi. Suka dia dapat bagi gajah makan pisang... hehe tapi bila terkena air liur gajah, terus dia lari. Alahai bertuah betul anak syurga seorang ni, memang penggeli dengan air liur :)
Habis pusing satu zoo, kami bawa anak-anak melihat persembahan binatang pula yang kebanyakannya burung. Seronok melihat telatah dan persembahan binatang-binatang tersebut. Ingatkan lepas tu nak terus balik ke rumah, anak syurga ni nak naik keretapi pula (tram), dah la tengah beratur panjang masa tu. hehe siap merengek dan menangis lagi bila terlepas tram yang ada. Puas la mama memujuk, minta dia sabar dan tunggu tram yang seterusnya. Akhirnya dapat juga naik tram... seronok Naim siap nyanyi2 lagi.
Alhamdulillah semalam Naim bukan sahaja dapat melihat banyak binatang, tetapi juga banyak perkataan baru yang keluar dari mulut si comel ni. Memandangkan Naim autisme dan speech delay, jadi hanya aktiviti yang disukai naim sahaja akan kami lakukan di samping melatih Naim bercakap dan menambah perkataan harian yang ada.
Wassalam.
No comments:
Post a Comment