Wednesday 18 October 2017

Cupcake Pisang yang moist dan sedap...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Lama rasanya tak update resepi kek di sini, baiklah pagi ni kita update resepi cupcake pisang yang sangat gebu dan moist. Pagi tadi terlebih rajin pula, selepas buatkan anak syurga kami dadih milo... terus je buat cupcake pisang. Memandangkan baki pisang masih ada... terus saya lecek pisang tersebut dan kemudiannya menyediakan bahan-bahan yang lain.

Resepi ini sudah ada lama dalam simpanan saya, cuma saya lupa daripada mana saya ambil resepi ini dan siapa empunya resepi. Sekiranya yang empunya resepi terbaca, maafkanlah saya... saya minta izin untuk kongsikan di sini pula :)






Bahan-bahan :
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
  • 4 biji telur gred A
  • 3/4 cawan gula (sedang2 je manisnya... kalau nak manis, tambah lagi gula sedikit)
  • 1 sudu makan ovellete
  • 1 cawan pisang dilecek (letak lebih lagi sedap)
  • 3/4 cawan minyak masak
  • 1 sudu teh esen pisang / vanilla
Cara Buat :
  1. Pukul telur dan gula hingga kembang.
  2. Masukkan ovellete dan pukul lagi hingga sebati.
  3. Kemudian masukkan pisang lecek dan minyak masak. Kacau sebati menggunakan kelajuan sederhana.
  4. Masukkan pula tepung yang telah diayak dengan baking powder dan soda bikarbonat tadi. Kacau lagi hingga sebati.
  5. Akhir sekali, masukkan esen pisang / vanilla.
  6. Masukkan adunan dalam kertas cupcake sehingga 3/4 penuh.
  7. Bakar pada suhu 170' selama 40 minit.
SELAMAT MENCUBA.

No comments:

Post a Comment