Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Alhamdulillah petang tadi naim buat kejutan untuk kami... syukur sangat sebab banyak perubahan Naim ketika ini. Naim dah mula pandai melukis dan siap terangkan kat ibu apa yang dilukisnya. Asalnya naim hanya minta kertas dan pen... ibu ingatkan naim nak menconteng seperti biasa, rupanya Naim nak melukis. Bermula dengan hanya lukisan gambar ikan dan ketam, kemudiannya berkembang dengan binatang2 yang lain sehingga penuh satu kertas lukisan dengan lukisan naim. Walaupun hanya kami yang faham apa yang naim lukis, sungguh sangat besar ertinya buat kami.
|
Asalnya naim hanya lukis ikan dan ketam |
|
Kemudian berkembang dengan lukisan binatang2 yang lain |
|
Inilah hasil lukisan pertama Naim... nampak seperti sebuah peta minda. Ini kerana semasa melukis, naim akan membayangkan dahulu setiap yang ingin dilukisnya. Macam2 binatang ada... ikan, ketam, kura-kura, nyamuk, ulat, ular, sotong dan juga dinosaur :) |
Jika sebelum ini anak autisme kami hanya pandai memegang pensel untuk menconteng saja... kini dah pandai menulis dan juga melukis. Syukur juga kerana sekarang sudah mula ada komunikasi dua hala antara naim dan kami. Satu perkembangan yang baik sebenarnya untuk anak yang speech delay seperti naim. Sebagai ibu dan ayah, kami akan sentiasa menyokong dan membantu Naim untuk berkomunikasi dengan lebih baik pada masa akan datang.
Alhamdulillah... sungguh sabar itu ada kemanisannya :)
Wassalam.
No comments:
Post a Comment