Friday, 26 January 2018

Angan2 2018... Jom Kurus dan Sihat

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Dah lama pasang angan2 nak kurus ni, sejak lepas bersalinkan Muaz lagi. Tapi, baru sekarang rasa betul2 nak capai impian tersebut. Jadinya mulai pagi tadi memang bersemangat la nak jogging, siap pergi kat stadium Bukit Serindit lagi. Sampai je kat stadium, memang ramai orang tengah bersenam dan jogging... rasa seronok pula walaupun terpaksa berganti-ganti dengan en suami sebab nak jaga si kecil sorang ni. Yang Muaz pun bukan main seronok dapat lari bebas kat situ... dapat main, dapat tengok ikan, dapat petik2 bunga :) Semoga impian untuk kurus dan sihat ni berjaya dicapai tahun ni... dan bukan lagi sekadar angan2 je.

Memang suka pemandangan kat sini, tenang dan cantik

Semangatnya adik nak jogging :)

Adik dapat tengok ikan


ada playground besar kat sini

yang ni Pokok Melaka... huhu baru tau


Seronok dapat petik bunga 




Wassalam.

Thursday, 25 January 2018

Alhamdulillah Naim dah semakin sihat

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Alhamdulillah anak syurga sorang ni dah semakin sihat hari ini. Dari Jumaat lepas lagi Naim tak sihat, muntah2 dan tiada selera makan. Sedih ibu tengok keadaan Naim macam tu... dah masakkan semua makanan kegemaran Naim pun masih tak mau makan. Tapi, hari ni syukur sangat sebab naim dah mula makan dan nampak ceria. Cikgu juga bagitau keadaan Naim bertambah baik di sekolah dan boleh belajar dan melakukan tugasan yang diberi dengan baik.

Anak syurga ibu dan ayah...
Sebenarnya, sejak minggu lepas Naim mengalami stress... Ibu perasan sebab naim susah nak bangun pagi, tak nak ke sekolah, dan tak ceria seperti selalu. Naim juga tantrum yang teruk pada minggu lepas semasa di sekolah... menghempaskan badan ke lantai dan menghantuk kepalanya di lantai. Allah saja yang tahu betapa risaunya hati ibu dan ayah melihat Naim dalam keadaan begitu. Mungkin Naim masih belum dapat menerima suasana dan rakan2 baru dalam kelas sejak masuk Darjah 1. Apapun ibu percaya... lambat laun naim akan terbiasa dan dapat menerima persekitaran kelas yang baru dan dapat mengikuti pembelajaran dengan baik.

Doa ibu dan ayah sentiasa mengiringi langkahmu wahai anak.... Semoga semua yang berlaku baik-baik saja dan semoga Allah sentiasa melindungi dirimu. Amin.

Wassalam.

Sunday, 7 January 2018

Tudung saji idaman kalbu anak-anak... layankan je la

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Alahai anak... tudung saji ni juga yang menjadi idaman kalbu kamu berdua, macam dah takde mainan lain :) huhu tak cukup satu, yang seorang lagi pun nak jugak. Tak kisah la nak, janji kamu berdua happy. Ibu layankan je la sebab hari ni kita duduk kat rumah je...






Wassalam.

Saturday, 6 January 2018

Gambar Graduasi Naim masa Prasekolah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Hari Jumaat lepas baru dapat gambar Majlis Graduasi naim semasa prasekolah. Alhamdulillah banyak sangat kenangan manis sepanjang tahun 2017. Sepanjang prasekolah, anak syurga ini sudah mula mengenal ABC, 123, Alif Baa Taa, pandai menulis dan mewarna, mula pandai mengurus diri sendiri, pandai bersosial dengan kawan2, mula mendengar dan memahami arahan, dan semakin kurang tantrumnya. Apa yang paling buat kami bersyukur sangat, anak ini mula pandai bercakap dan sekarang sudah pandai berkomunikasi dua hala.





Alhamdulillah semuanya berlaku dengan izin Allah s.w.t. Sungguh memang terasa nikmatnya bersabar selama ini. Walaupun tak banyak, tapi perubahan yang sedikit itu sudah cukup menggembirakan kami. Terima kasih juga kepada semua cikgu prasekolah, cikgu2 terapi, dan cikgu phonics. Terima kasih kerana cikgu2 sanggup bersabar dan tabah dalam mendidik anak syurga kami. Perjalanan anak syurga ini masih jauh, semoga semuanya akan baik-baik saja.... Amin.

Wassalam.

Friday, 5 January 2018

Sedih rasa hati bila anak syurga dimarah dan dipukul semasa bermain di playground

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Tak pernah rasa macam ni sebelum ni... sedih sangat bila anak syurga kami kena marah dan dipukul depan mata kami sendiri. Allahu... takde ke perasaan manusia tersebut sehingga sanggup nak memukul seorang budak yang hanya melakukan kesilapan kecil. Apa yang Naim lakukan bukannya disengajakan, dia sendiri tidak faham "bahaya". Apa salahnya jika menegur dengan cara yang baik. Bukannya dengan menjerit dan memukul sehingga didengari dan dilihat oleh orang lain yang ada berhampiran dengan playground tersebut. Sungguh luluh rasa hati ini bila memandang muka anak syurga kami ketika itu yang ketakutan dan hendak menangis.

Ibu pujuk dan peluk naim lama2... kemudian belikan makanan kegemaran dia

Sayu hati bila pandang wajah anak syurga ni masa dia tengah makan. Memang sedih sangat dia. Ada juga mata lain yang masih memerhati  ketika kami makan.
Memang saya akui, perbuatan naim salah kerana menolak kanak2 tersebut ketika bermain. Sekiranya ibu kanak2 tersebut hendak tegur atau marah, silakan... tapi bukannya dengan cara demikian. Bukankah lumrah kanak2 bermain ada ketikanya akan jatuh, kemudian bangun semula dan sambung bermain. Sebelum ini pun, saya kuatkan semangat dan cekalkan hati untuk membawa naim keluar bermain di playground. Walaupun naim autisme, dia juga ada hak untuk bersosial sepertimana kanak2 yang lain. Bukannya dikurung sentiasa di rumah tanpa sebarang pendedahan kepada dunia luar. Ketika membawanya bermain di playground, kami memang sentiasa memerhatikan dan berada dekat dengannya kerana tidak mahu timbul sebarang masalah.

Bukan naim tidak pernah diejek, dipukul, dimarahi, dan ditolak oleh kanak2 lain semasa bermain di playground... semua itu dah menjadi lumrah bagi saya. Memang saya akan butakan mata dan pekakkan telinga kerana saya mahu naim kuat, tidak mudah mengalah dan berani berhadapan dengan dunia luar. Itu belum termasuk pandangan pelik dan kata2 hinaan yang dilemparkan kepada kami semasa berada di luar, terutamanya ketika berada di shopping mall. Hanya Allah yang tahu betapa kami sedih sebenarnya, namun semangat dan jiwa kami tak pernah lemah untuk lakukan yang terbaik buat anak kami.

Kejadian petang tadi di Mydin memang sangat menyentuh hati saya... walaupun dia tak tahu anak saya autisme dan ada kad oku, dia tetap tiada hak untuk menjerit dan memukul anak syurga saya sebegitu. Namun atas sifat perikemanusiaan, saya tetap berjumpanya dan meminta maaf di atas perbuatan anak saya dan kemudiannya menerangkan keadaan anak saya. Semoga kami terus kuat dan tabah untuk berhadapan dengan masyarakat di luar sana.

Wassalam.

Thursday, 4 January 2018

Kisah di Hari Ketiga Persekolahan....

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Kisah di hari ketiga persekolahan... Jika murid lain ada yang hilang atau tertukar barang, Alhamdulillah naim setakat ni masih ok dan takde yang tertukar lagi. Tapi hari ni balik sekolah, kasut dah tak putih lagi... yang harunya kasut naim dah lecak dan basah. Tak tahulah macam mana kasut sekolah tu boleh basah habis. Nasib baik la ibu ni rajin nak membasuh kasut naim tu. Tapi, musim hujan ni memang tak kering la kalau nak menjemur kat luar, jadinya ibu spin je la guna mesin basuh tu. Janji kering dan boleh pakai esok hari.

Kasut yang tertukar dengan murid lain, walaupun dah tulis nama kat kasut.
Tapi yang lucunya... ibu boleh tak perasan tu sebenarnya bukan kasut naim. Masa nak kapur kasut, barulah nampak nama kat kasut tu sebenarnya nama murid lain. Alahai anak.... boleh pulak dia tertukar kasut masa balik sekolah tadi. Ingatkan takde dah tertukar barang :) Lepas ni, ibu kena la ajar naim mengeja nama dia sendiri supaya Naim kenal barang2 dia dan tak tertukar lagi.

Wassalam.

Wednesday, 3 January 2018

Naim di PPKI Darjah Satu tahun ini...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Alhamdulillah tahun ini Naim melangkah ke Darjah Satu di PPKI sekolah yang sama. Tak banyak sangat drama pada hari pertama dan kedua persekolahan.

Hari pertama persekolahan, kami hantar Naim hingga ke kelas. Alhamdulillah tiada drama airmata pagi tu, naim ok dan ceria je. Jadi, ibu dan ayah hanya tunggu sekejap di luar kelas, kemudian kami terus balik ke rumah. Memang risau, tapi kami percaya dengan kemampuan cikgu2 untuk mengawal anak2 syurga ini. Tapi, masa nak balik pula yang ada drama airmata. Hanya disebabkan beg sekolah kawan yang sama dengan beg naim di rumah... Naim mengamuk dan menangis depan kelas. Siap ada adegan berguling-guling atas simen... puaslah ibu dan cikgu memujuk, barulah reda mengamuknya. Cikgu siap pesan supaya bawa beg yang sama pada esok hari.

Hari kedua persekolahan pula Naim tak nak bangun dan terang2 cakap tak nak pergi sekolah. Alahai anak macam2 ragamnya di pagi hari. Ibu terpaksa memujuk Naim pagi tu, barulah nak mandi dan bersiap ke sekolah. Pastu, drama airmata lagi masa nak masuk kereta. Menangis sampai tersedu-sedu sebab nak adik ikut sekali ke sekolah. Memang kena banyak bersabar dengan anak syurga sorang ni dan ikutkan je rentak dia. Tapi masa sampai kat sekolah, elok pula dia masuk ke kelas dan terus duduk diam mengikuti program orientasi.

Anak syurga kami di hari pertama persekolahan. Alhamdulillah dah masuk darjah satu...

Gambar dulu dengan ibu ayah dan adik

ummi dan nenda pun ikut antar naim sampai kat kelas


Masa orientasi... kelas anak-anak syurga PPKI

Ni la beg yang sama dengan kawan sekelas naim. Beg ni dapat masa hari graduasi prasekolah tahun lepas. Kena letak nama naim supaya tak tertukar nanti.

hehe siap ada gambar lagi kat beg naim :)

Botol air wajib letak nama sebab ramai yang bawa botol air sama.

Pencil box naim hadiah drpd Zafran... 

Alat tulis dan color semua kena label nama Naim supaya tak hilang atau tertukar
Apapun, ibu dan ayah sentiasa mendoakan yang terbaik untuk Naim. Semoga Naim dapat menerima ilmu yang disampaikan dengan baik dan sentiasa dalam perlindungan Allah. Amin.

Wassalam.