Tak pernah rasa macam ni sebelum ni... sedih sangat bila anak syurga kami kena marah dan dipukul depan mata kami sendiri. Allahu... takde ke perasaan manusia tersebut sehingga sanggup nak memukul seorang budak yang hanya melakukan kesilapan kecil. Apa yang Naim lakukan bukannya disengajakan, dia sendiri tidak faham "bahaya". Apa salahnya jika menegur dengan cara yang baik. Bukannya dengan menjerit dan memukul sehingga didengari dan dilihat oleh orang lain yang ada berhampiran dengan playground tersebut. Sungguh luluh rasa hati ini bila memandang muka anak syurga kami ketika itu yang ketakutan dan hendak menangis.
Ibu pujuk dan peluk naim lama2... kemudian belikan makanan kegemaran dia |
Sayu hati bila pandang wajah anak syurga ni masa dia tengah makan. Memang sedih sangat dia. Ada juga mata lain yang masih memerhati ketika kami makan. |
Bukan naim tidak pernah diejek, dipukul, dimarahi, dan ditolak oleh kanak2 lain semasa bermain di playground... semua itu dah menjadi lumrah bagi saya. Memang saya akan butakan mata dan pekakkan telinga kerana saya mahu naim kuat, tidak mudah mengalah dan berani berhadapan dengan dunia luar. Itu belum termasuk pandangan pelik dan kata2 hinaan yang dilemparkan kepada kami semasa berada di luar, terutamanya ketika berada di shopping mall. Hanya Allah yang tahu betapa kami sedih sebenarnya, namun semangat dan jiwa kami tak pernah lemah untuk lakukan yang terbaik buat anak kami.
Kejadian petang tadi di Mydin memang sangat menyentuh hati saya... walaupun dia tak tahu anak saya autisme dan ada kad oku, dia tetap tiada hak untuk menjerit dan memukul anak syurga saya sebegitu. Namun atas sifat perikemanusiaan, saya tetap berjumpanya dan meminta maaf di atas perbuatan anak saya dan kemudiannya menerangkan keadaan anak saya. Semoga kami terus kuat dan tabah untuk berhadapan dengan masyarakat di luar sana.
Wassalam.
No comments:
Post a Comment