Assalamualaikum w.b.t.
Balik dari ambil abang naim kat sekolah tadi, ibu singgah sekejap beli kuih. Bila nak masuk semula dalam kereta, adik tak nak masuk dan mula menangis. Ibu pun tanya apa yang adik nak, terus dia tunjuk kat ibu kedai 7 eleven dan sebut nak aiskrim. Alahai anak bertuah ni, dia dah pandai minta aiskrim sekarang ni. Masuk kat 7 eleven, terus dia jalan menuju ke tempat aiskrim... hihi siap pilih aiskrim yang dia suka lagi. Jadi dapatlah sorang satu aiskrim... dan ibu pun dapat memandu balik rumah dengan aman sebab dua2 tengah khusyuk makan aiskrim ☺
Wassalam.
Sebuah catatan peribadi untuk tatapan di masa hadapan. "Hidup ini tidaklah sentiasa indah, ujian dan dugaan membuatkan kita kuat dan berani untuk menghadapi hari mendatang".
Wednesday, 23 January 2019
Bila Adik dah pandai minta beli Aiskrim
Sunday, 6 January 2019
Naim dengan kucing baru Oreo dan Dino
Assalamualaikum w.b.t.
Minggu lepas abang Naim asyik minta anak kucing kat ibu dan ayah. Pening juga ibu dan ayah nak mencari anak kucing yang elok dan sihat, sebab kebanyakan yang jumpa kat kedai dan tepi jalan tak memuaskan hati kami.
Dalam misi mencari anak kucing baru... Alhamdulillah ada seorang rakan kepada en.suami bermurah hati nak bagi dua ekor anak kucingnya kepada naim. Memang comel anak kucing tu... naim bukan main suka lagi. Ibu namakan anak kucing tu Oreo dan Dino... supaya senang naim nak ingat dan panggil nanti.
Anak autisme kami memang sukakan kucing... ianya ibarat sebagai terapi. Dengan adanya anak kucing tu... kami dapat ajar naim bercakap, memahami arahan, dan belajar menyayangi haiwan tersebut. Kami juga ajar naim tanggungjawabnya untuk membersihkan dan memberi anak kucing tersebut makan.
Alhamdulillah semakin hari semakin banyak words yang naim boleh sebut. Walaupun naim masih bercakap dalam ayat yang pendek, apa yang penting naim faham setiap perkataan dan dapat bercakap secara dua hala.
Wassalam.
#AutismeSpeechDelay
#NaimSukaKucing

Saturday, 5 January 2019
Bila naim buat cookies...
Assalamualaikum w.b.t.
Alhamdulillah anak syurga sorang ni rajin nak tolong ibu buat cookies selama dua hari ni. Dia sendiri menawarkan diri untuk buat cookies dari mula sehinggalah siap cookies tu. Tq abang... ada rezeki nanti ibu hantar abang ke kelas bakery ☺
Walaupun naim autisme dan speech delay... tapi sekarang sudah mula nampak perkembangan positifnya selepas mengikuti terapi dan bersekolah di kelas ppki. Semasa membuat cookies ini juga ibu perhatikan naim mula fokus, boleh bersabar, dan mendengar arahan dengan baik. Alhamdulillah walaupun mengambil masa yang lama... tapi kesabaran akhirnya akan membuahkan hasil. Cuma sebagai ibu bapa kita kena yakin, usaha tanpa henti, dan sentiasa bersabar menghadapi karenah anak autisme ini ☺
Wassalam.
#AutismeSpeechdelay
#SetiapUjianAdaHikmahnya

Friday, 4 January 2019
Naim naik darjah 2
Assalamualaikum w.b.t...
Alhamdulillah hari ini sudah hari ketiga persekolahan... nampaknya abang naim seronok dapat ke sekolah. Tahun ini abang naim sudah masuk darjah 2 di kelas ppki...
Hari pertama sekolah, ibu dan ayah menaruh harapan tinggi supaya semuanya baik2 saja dan semoga tiada lagi episod TANTRUM seperti tahun sebelumnya. Doa kami juga semoga abang naim pandai berdikari dan dapat mengikuti pembelajaran serta aktiviti di sekolah dengan sebaiknya.
Apa yang ibu dan ayah perasan sejak naik darjah 2 ni... abang naim nampaknya semakin positif, seronok ke sekolah, dan juga mula mengingati nama kawan sekelasnya. Abang naim juga tidak mudah lagi mengamuk dan mula belajar untuk bersabar dalam setiap keadaan.
Semoga anak syurga kami dan yang lain juga sentiasa dalam perlindungan dan rahmat Allah s.w.t. Terima kasih kepada semua cikgu dan ppm yang penuh kesabaran dalam mendidik dan menjaga anak-anak syurga kami.
Wassalam.
#autismespeechdelay
#ppki

Subscribe to:
Posts (Atom)