Saturday, 5 January 2019

Bila naim buat cookies...

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah anak syurga sorang ni rajin nak tolong ibu buat cookies selama dua hari ni. Dia sendiri menawarkan diri untuk buat cookies dari mula sehinggalah siap cookies tu. Tq abang... ada rezeki nanti ibu hantar abang ke kelas bakery ☺

Walaupun naim autisme dan speech delay... tapi sekarang sudah mula nampak perkembangan positifnya selepas mengikuti terapi dan bersekolah di kelas ppki. Semasa membuat cookies ini juga ibu perhatikan naim mula fokus, boleh bersabar, dan mendengar arahan dengan baik. Alhamdulillah walaupun mengambil masa yang lama... tapi kesabaran akhirnya akan membuahkan hasil. Cuma sebagai ibu bapa kita kena yakin, usaha tanpa henti, dan sentiasa bersabar menghadapi karenah anak autisme ini ☺

Wassalam.

#AutismeSpeechdelay
#SetiapUjianAdaHikmahnya








No comments:

Post a Comment