Friday, 4 January 2019

Naim naik darjah 2

Assalamualaikum w.b.t...

Alhamdulillah hari ini sudah hari ketiga persekolahan... nampaknya abang naim seronok dapat ke sekolah. Tahun ini abang naim sudah masuk darjah 2 di kelas ppki...

Hari pertama sekolah, ibu dan ayah menaruh harapan tinggi supaya semuanya baik2 saja dan semoga tiada lagi episod TANTRUM seperti tahun sebelumnya. Doa kami juga semoga abang naim pandai berdikari dan dapat mengikuti pembelajaran serta aktiviti di sekolah dengan sebaiknya.

Apa yang ibu dan ayah perasan sejak naik darjah 2 ni... abang naim nampaknya semakin positif, seronok ke sekolah, dan juga mula mengingati nama kawan sekelasnya. Abang naim juga tidak mudah lagi mengamuk dan mula belajar untuk bersabar dalam setiap keadaan.


Semoga anak syurga kami dan yang lain juga sentiasa dalam perlindungan dan rahmat Allah s.w.t. Terima kasih kepada semua cikgu dan ppm yang penuh kesabaran dalam mendidik dan menjaga anak-anak syurga kami.

Wassalam.

#autismespeechdelay
#ppki

No comments:

Post a Comment