Friday, 28 July 2017

Lawatan Sekolah Naim ke Cameron Highlands

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Alhamdulillah... naim telah dapat mengikuti lawatan sekolah ke Cameron Highlands pada hari ini. Kami bertolak dari sekolah menaiki bas pada hari khamis pukul 11 malam. Sepanjang perjalanan dalam bas, syukur sangat sebab naim tak meragam walaupun ini merupakan kali pertama naim mengikuti lawatan sekolah yang agak jauh perjalanannya.

Di dalam bas, mama terpaksa melayan naim berbual sebab naim tak nak tido lagi walaupun mata mama dah mengantuk sangat. hehe mungkin ini kali pertama naim naik bas waktu malam, tu yang dia teruja sangat... asyik pandang lampu2 kat luar je. Akhirnya setelah puas memujuk, barulah naim terlena dekat pukul 2 pagi. Dalam perjalanan bas berhenti rehat di r&r Dengkil dan r&r Tapah. Alhamdulillah kami selamat tiba di Cameron pada pukul 5.30 pagi...terus bergerak ke masjid berhampiran untuk membersihkan diri dan solat. Usai solat, kami makan nasi lemak berhampiran masjid... terima kasih ika dan zaidi belanja kami makan (ibu dan ayah zafran, iaitu kawan baik naim).

Naim menahan mata, tak nak tido

Sarapan pagi nasi lemak

pagi2 naim dah shopping... mama layankan je 

suasana awal pagi di cameron... sejuk dan segar je udaranya
Selesai sarapan, kami terus menuju ke Kea Farm Market... tetapi memandangkan masih awal pagi dan pasar belum lagi dibuka sepenuhnya, kami menaiki bukit berhampiran untuk melihat ladang strawberry di situ. Namun, disebabkan atas alasan tertentu (jika disebut di sini boleh menimbulkan sensitiviti)... kami tidak masuk dan memetik strawberry di situ... hanya bergambar sekejap dan akhirnya turun semula ke Kea Farm Market.

Naim dan kawan baiknya Zafran 


Di Kea Farm Market, kami menyusuri sepanjang pasar yang kebanyakannya menjual strawberry dan juga sayur-sayur yang segar. Mama memang tertarik melihat strawberry yang banyak dan merah2 warnanya... hehe. Bagi yang pertama kali ke Kea Farm Market, jangan sesekali menyentuh hasil sayur atau strawberry mereka. Kalau anda teringin, terus je beli ya. Kalau tidak, maunya kena marah dengan penjual sepertimana anak syurga saya dimarahi oleh seorang penjual. Mengucap panjang saya apabila si penjual memarahi anak kecil yg tak tau apa-apa ni depan orang lain yang ada di situ hanya kerana memegang sebiji strawberry. Terus saya tak jadi beli strawberry tersebut walaupun harganya murah, tetapi kerana perangai si penjual yang sangat biadap langsung tidak boleh saya terima. Bukannya tidak boleh bercakap dengan elok dan tegur baik-baik... bagaimana boleh begitu attitude si penjual yang hari-hari berdepan dengan pelanggan. hmmmm








Yang ni memang tak boleh terima... ada pula sebuah kedai permainan besar di situ.
Bila dah nampak permainan, memang tak nak berganjak la anak syurga ni.
Tapi ingat ya, tak boleh pegang2 permainan di situ. Kalau nak, kena terus ambil dan bayar.
Selepas itu, kami terus melawat ke ladang teh Boh. Bas kami parking berhampiran Bee Farm yang berdekatan. Kami naik bas yang disediakan di situ untuk terus ke kilang teh boh. Sampai di kilang, kami dibawa masuk melihat proses teh dihasilkan menggunakan mesin2 yang ada di situ. Selepas itu, kami melihat galeri dan berehat di cafe yang disediakan sambil melihat pemandangan hijau ladang teh di situ.









Yang ni memang semput...
hehe bila dah turun tu, masa nak naik semula ke atas... rasa macam nak tercabut lutut.
Tapi, anak syurga seorang ni memang seronok dapat turun bawah :)

bila dah lapar... carrot cake tu naim yg nak. tapi, mama stress je sebab mama yg kena habiskan semua. Naim makan krim je. Macam mane la mama nak diet kalau camni.

Habis lawatan ke ladang teh Boh, kami diberi masa untuk melihat galeri lebah pula. Tapi, yang ni mama dan naim masuk sekejap je sebab anak syurga ni dah penat dan mula meragam. Akhirnya mama bawa naim masuk dalam bas dulu dan biarkan naim berehat sambil main tiup2 buih.

Selepas itu, kami terus makan tengahari dan kemudiannya menghabiskan masa yang ada dengan membeli souvenir. Mama hanya tengok2 je... sambil layan anak syurga seorang ni yang nakkan mainan je. Sebelum bertolak pulang, kami singgah di ladang teh Valley untuk membeli teh dengan pelbagai rasa di situ.

Kami bertolak balik dalam pukul 3 petang... Sampai di Lata Iskandar, mama dan Naim turun di situ. Manakala yang lain meneruskan perjalanan pulang ke Melaka. Alhamdulillah selesai lawatan sekolah naim dan Naim juga seronok dapat naik bas dengan kawan2. Semoga pendedahan sepanjang lawatan ini dapat memberikan pengalaman dan input yang baik untuk Naim.

Air Terjun Lata Iskandar

Ok kita sambung seterusnya dalam FAMILY TRIP pula...

Wassalam.

No comments:

Post a Comment