Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Pada petang Sabtu, kami berkesempatan untuk pergi ke Pasar Malam Cameron yang terletak di jalan masuk ke Perkampungan Sungai Ruil atau Golden Hill. Pasar malam ini dibuka pada hari Jumaat malam Sabtu dan juga hari Sabtu malam Ahad. Jarak perjalanan dari apartment kami ke pasar malam hanya 5 minit. Bagi sesiapa yang pertama kali ke sini sebaiknya datang waktu petang selepas asar untuk mengelakkan traffic jam yang teruk. Kalau datang awal, anda juga mudah untuk mencari parking yang berdekatan.
Di pasar malam ini terdapat banyak produk yang dijual, antaranya ialah buah strawberry, sayur-sayuran dan buah-buahan segar, coklat dan juga makanan. Tak lupa juga banyak permainan yang dijual di sini, huhu jadi mak ayah kena pandai memujuk anak supaya tidak memborong mainan (seperti anak syurga kami yg sukakan permainan, nasib baik masih boleh dipujuk).
Bila berada di pasar malam ini, kita rasa memang tak puas kalau sekali pusing je... hehe kena pusing sampai 2 atau 3 kali hingga puas hati. Daripada pengamatan saya, ramai orang luar yang datang ke pasar malam ini seperti kami juga. Pasar ini semakin meriah bila waktu malam, tapi jangan mimpi untuk dapat parking yang dekat... memang jauh kena berjalan kaki.
Jom kita layan gambar-gambar di Pasar Malam Cameron...
Jadi perihal makanan di Cameron Highlands ni janganlah risau ya... boleh je beli makanan di pasar malam kalau tak nak keluar ke pekan mencari kedai makan pada waktu malam. Pada siang hari pula memang banyak kedai makan atau restoran melayu yang menghidangkan makanan tengahari.
Bersambung Part 4...
Wassalam.
No comments:
Post a Comment