Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Pada hari kedua, kami keluar awal pagi untuk melawat ladang teh Cameron Valley. Risau kalau lambat keluar, takde parking pula nanti. Sampai je terus dapat parking... kami menuju ke cafe dulu dan duduk sebentar di situ. Subhanallah cantik sangat pemandangan ladang teh yang berada di bawah cafe ni. Penuh kehijauan dan sejuk je mata memandang, masa tu semua memang dah tak sabar nak turun bawah menyusuri ladang teh. Oleh kerana keadaan enSuami tak mengizinkan, hehe dia duduk je kat cafe... manakala yang lain turun ke bawah. Paling teruja dan tak sabar semestinya anak syurga kami Naim. Nasib baik ramai yang boleh pegang dan kawal Naim, kalau tak mau jauh dia turun tinggalkan kami.
Alhamdulillah dapat juga kami semua menjejakkan kaki ke ladang teh yang besar ni, hehe sebelum ni dapat tengok kat tv je kan. Memang seronok sangat dapat menyusuri ladang teh ni... sape yang larat boleh la turun ke bawah lagi. Yang dah jadi mak2 ni memang tak larat la nak turun sampai ke bawah tu... sampai separuh pun dah letih. Belum lagi nak naik ke atas, rasa nak tercabut semua kepala lutut :)
Bersebelahan dengan cafe house ini, terdapat shop yang menjual produk teh Cameron Valley dengan pelbagai perasa. Kami tak lepaskan peluang untuk membeli beberapa jenis teh untuk dibawa pulang sebagai souvenir. Antaranya termasuklah perasa strawberry, mango, green tea, blackcurrant, lemon, dll. Boleh la beli ikut citarasa masing-masing... harganya juga sangat berpatutan.
Mari kita layan gambar-gambar kat bawah ni....
|
Bergambar dengan family sebelum turun ke bawah |
|
Semua pun nak selfie :) |
|
Mama gambar setakat kat sini je, tak larat nak turun lagi bawah |
|
dengan enSuami... tq so much sayang atas percutian ni :) |
|
excited nak turun bawah tengok ladang teh dari dekat |
|
adik muaz dgn cik nun, cik ain, dan cik ani |
|
tengok tangga pun dah curam... tapi nak jugak turun.
kalau bawa anak kecil, kena pegang elok2. |
|
Lagi bersama family... |
|
selfie lagi...dgn ani dan iman |
|
Seronok Naim dapat turun sampai bawah |
|
Terpancar riak wajah yg gembira kat anak syurga ni |
|
Bergambar puas2... |
|
Luasnya ladang teh ni... mesti penat diorang nak petik teh banyak2 ni |
|
Naim dan Cik Ain |
|
Subhanallah... luas kehijauan, sejuk mata memandang |
|
EnSuami dan Hafiz... entah apa yg diborakkan |
|
Naim dah penat... masuk cafe je terus nak makan aiskrim :) |
Actually, lepas tu kami nak pergi ke Kea Farm Market. Tapi, terkejut tengok traffic jam teruk sangat... padahal jauh lagi nak sampai ke market tu. Nak buat macam mana, kuatkan semangat je redah juga... perlahan-lahan gerak dan akhirnya sampai kat Kea Farm Market. Kami sempat singgah sekejap je di Kea Farm Market sebelum cepat-cepat beredar dari situ. huhu... kenapa? Sebab yang parking kereta kat tepi-tepi jalan tu semua kena saman dengan polis. Nampak juga wajah tak puas hati yang kena saman tu sebab kebanyakannya orang luar macam kami. Jadi, sebelum kereta kami pun kena saman sekali, baiklah kami beredar. Dalam perjalanan balik, kami singgah sekejap kat kedai jual produk strawberry dan coklat serta souvenir yang kat tepi jalan. Kami duduk lepak sekejap kat situ sambil minum dan makan ringan2. Dalam perjalanan balik pun ingat nak singgah makan tengahari, tapi memikirkan traffic jam teruk sangat... terpaksa balik je rehat kat apartment. Hahaha tengahari tu semua makan maggi je, nasib baik la bawak sebungkus besar maggi.
|
hehe ni lunch kitorang... satu periuk besar maggi |
Nanti kita sambung PART 3...
Wassalam.
No comments:
Post a Comment