Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Alhamdulillah selesai lawatan sekolah Naim ke Cameron Highlands, kita sambung pula dengan family trip. Semasa dalam perjalanan balik lawatan sekolah Naim, kami turun di Lata Iskandar. Nasib baik sebelum line hp hilang, kami sempat berkomunikasi sebelum bas bergerak pulang supaya family menunggu saya dan naim di Lata Iskandar sahaja. Kebetulan masa tu, family tengah berada di r&r Tapah, selebihnya tawakkal saja sebab memang takde line hp.
Air Terjun Lata Iskandar terletak di tepi jalan besar sebelum sampai ke Cameron Highlands. Sampai di situ, memang teruja dengan pemandangan di kawasan air terjun yang sangat cantik. Memang tak ramai yang mandi di situ memandangkan cuaca dan airnya yang sangat sejuk. Tapi anak syurga yang seorang ini tak sabar pula nak main air... akhirnya bagi juga naim main air.
Ramai yang hanya berhenti di situ untuk berehat seketika dan merakamkan gambar kenangan dengan latar belakang air terjun Lata Iskandar. Kami juga tak ketinggalan untuk bergambar di situ sambil menikmati keindahan suasana di air terjun tersebut di samping udara yang sejuk dan segar. Terasa hilang segala keletihan... Jom kita layan gambar-gambar di bawah...
Selepas itu, kami meneruskan perjalanan ke tempat penginapan kami di Tanah Rata, Cameron Highlands. Kami menginap di Holiday Apartment, Desa Anthuarium... yang mana apartment ini sangat selesa serta dilengkapi dengan peralatan dapur bagi yang ingin memasak. Disebabkan sampai pun dah lewat petang, kami hanya berehat di apartment. Ada juga yang keluar ke pasar malam untuk membeli makanan. Bersambung Part 2...
Wassalam.
No comments:
Post a Comment