Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Hari terakhir di Cameron Highlands, kami sempat membawa naim untuk memetik strawberry. Seawal pagi kami telah pergi ke Kampung Taman Sedia, merupakan sebuah perkampungan Melayu yang banyak mengusahakan homestay dan juga ladang strawberry. Setibanya kami di sini, telah ramai orang berada di situ sehingga kami terpaksa parking kereta agak jauh sedikit.
Di Kampung Taman Sedia ini terdapat beberapa ladang strawberry yang diusahakan oleh orang Melayu antaranya ialah Abang Strawberry, Opah Strawberry, YZ Agro Farm, Taman Agro Al-Mashoor dll. Di sini, kita bukan saja berpeluang untuk memetik strawberry, tetapi juga dapat membeli produk2 tempatan yang lain seperti jem strawberry, acar strawberry, sambal strawberry, kordial strawberry, dan ada juga dijual sambal hitam pahang. Terpulang kepada kita untuk membeli produk2 tersebut mengikut kemampuan dan citarasa masing2.
Pada mulanya kami masuk ke Abang Strawberry... melihat ramainya yang sedang bersarapan di cafe, kami terus masuk ke kedai untuk melihat dan membeli beberapa produk yang ada di situ. Seterusnya, kami masuk ke Opah Strawberry untuk membawa naim memetik buah strawberry. Sangat suka dan terujanya anak syurga yang seorang ini melihat pokok strawberry dan tak sabar untuk memetiknya.
|
antara produk tempatan yang ada... |
|
abang suka dapat petik strawberry |
|
adik pun nak petik strawberry |
Selesai memetik strawberry, barulah kami bersarapan. Kami memilih untuk makan nasi lemak sahaja, memang sedap nasi lemak di Opah Strawberry... cukup segala rasa sambalnya dan juga telur. Bila berada di sini, jangan lupa juga untuk membeli aiskrim strawberry buatan sendiri di samping toppingnya yang sedap.
|
jom sarapan... |
|
nasi lemak yg marvellous |
|
Homemade aiskrim strawberry... memang sedap |
|
Sang Lebah... |
|
Parking penuh... kena parking jauh kalau datang lambat |
Kat bawah ni gambar2 dekat apartment sebelum bertolak balik dan juga beberapa gambar abang naim dan adik muaz. Terlupa pula nak ambil gambar dlm apartment...
Alhamdulillah selesai sudah percutian kami di Cameron Highlands walaupun masa agak singkat dan tidak sempat pergi ke tempat yang lain. In shaa Allah, ada rezeki nanti... kita pergi bercuti lagi di sini. Terima kasih kepada semua family yang bersama dalam percutian ini. Sayang kamu semua :)
Pesanan / Tips Penting:
- Bila ada anak kecil dan juga anak istimewa seperti kami... memang kena rancang perjalanan dengan baik.
- Pastikan mendapat rehat yang cukup, tak usah terkejar-kejar nak cover semua tempat.
- Kalau boleh, elakkan perjalanan pada hujung minggu, cuti sekolah, dan public holiday. Pengalaman kami di sini dengan traffic jam yang sangat teruk pada hari Sabtu dan Ahad.
- Sila patuhi peraturan... jangan parking ikut suka hati, terutama di Kea Farm Market pada hari Sabtu dan Ahad. huhu nanti dapat surat cinta pula.
- Jangan sentuh atau 'berangan' nak rasa strawberry yang dijual oleh peniaga... kerana ada peniaga yang tidak membenarkannya. Ada juga yang meletakkan kertas tanda "Don't Touch"... jadi sila patuhi arahan tersebut kalau tak nak kena marah.
- Sama-sama kita menyokong usahawan Melayu dan produk tempatan. Boleh pergi ke Kg Taman Sedia untuk memetik strawberry dan juga mendapatkan produk2 hasil tempatan serta penginapan homestay yang diusahakan oleh mereka.
Wassalam.
No comments:
Post a Comment