Saturday, 26 August 2017

Dadih Milo dan Vanilla Kegemaran Naim

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Alhamdulillah pagi ni hujan mencurah-curah membasahi bumi. Semoga subur segala tanaman dan tanah...

Cerita pagi ini... anak syurga yang seorang ni dah lama minta mama buatkan dadih. Tapi baru pagi ni mama dapat buatkan dadih kegemaran abang naim, iaitu dadih milo dan vanilla. Sekali buat dapatlah dalam 7 bekas dadih yang biasa tu. Hehe selera sungguh naim makan dadih tu... Nanti mama buatkan lagi ya sayang :)

Serbuk dadih ni naim yang ambil sendiri masa shopping kat pasaraya...

Dadih Milo dan Vanilla

Khusyuk Naim makan dadih milo ni

Sekali makan habis terus 2 bekas...

Ada yang nak resepi dadih ni ke? Saya share resepi dadih ni kat sini, tapi yg ni versi buat sikit je dan dapat dalam 7/8 bekas dadih yang biasa tu.

Bahan-bahan:

  • 3 cawan air
  • 1 cawan susu cair
  • 1/2 cawan serbuk dadih
  • 1/2 cawan gula castor (kalau tak nak manis, boleh kurangkan)

Cara Buat:

  • Campurkan kesemua bahan dalam periuk.
  • Masak dengan api sederhana sehingga mendidih.
  • Dah masak, tutup api.
  • Masukkan dalam bekas dadih dan biarkan sejuk seketika.
  • Kemudian sejukkan, simpan dalam peti ais.
  • Sedia dimakan :)

Wassalam.

No comments:

Post a Comment