Tuesday, 29 August 2017

Bawa Anak Syurga melihat Dinosaur di Muar

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Petang semalam... kami bawa anak2 untuk melihat dinosaur di Muar. Sebelum ini kami pernah pergi masa awal2 buka dulu. Tetapi, sekarang dah banyak dinosaur yang ada di situ... siap boleh bergerak-gerak lagi dan ada suara. Kalau ada anak kecil, elok juga bawa ke sini, pasti mereka seronok dapat melihat dinosaur.

Anak syurga kami Naim memang sukakan dinosaur. Banyak sudah koleksi dinosaur yang dikumpul dari yang kecil sehinggalah yang besar. Sehinggakan setiap kali kami keluar pergi shopping barang, dinosaur juga yang akan dibelinya.

Semalam memang seronok Naim dapat melihat dinosaur dengan lebih dekat. Memang teruja bila dinosaur tu bergerak-gerak dan ada suara. Di sini juga ada dijual mainan dinosaur... hehe mak ayah kena ready duit ya kalau anak2 nak beli mainan tu.





Adik Muaz pun seronok dapat tengok dinosaur :)


Banyak mainan dinosaur yang dijual di sini
Sempat lagi naim main lawan2 dinosaur :)
Anak syurga ni tengah pilih nak beli yang mana satu
Suka anak syurga ni dah dapat beli dinosaur yg boleh gerak2 :)


Bagi kami, memang baik sungguh idea pemiliknya yang berusaha untuk membesarkan tempat ini dan menambah koleksi dinosaur yang ada. Setakat ini, tiada bayaran yang dikenakan kepada pengunjung. Pengunjung boleh datang ke sini setiap hari kecuali hari rabu dan dibuka sehingga jam 6.30 petang.

Wassalam.

No comments:

Post a Comment