Tuesday 22 August 2017

Sambutan Bulan Ceria Merdeka

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Sempena bulan kemerdekaan ini, di sekolah naim telah diadakan sambutan merdeka peringkat sekolah dan juga pertandingan pakaian beragam merdeka. Alhamdulillah naim turut serta dalam kedua-dua aktiviti tersebut tanpa sebarang protes atau karenah. Mama memang nak bagi Naim pendedahan dan pemahaman sempena bulan kemerdekaan ini. Sekarang bila nampak je bendera Malaysia, Naim dah boleh sebut "merdeka" dan "bendera".

Jom kita layan gambar-gambar naim dan anak-anak syurga yang lain sempena bulan kemerdekaan di sekolah naim :)


Sambutan kemerdekaan peringkat sekolah

Naim di atas pentas semasa pertandingan pakaian beragam merdeka.
Alhamdulillah naim ok je...

Yang ni tak tau la soalan apa yang cikgu tanya...
hehe entah naim faham ke tidak ya :)

Naim dan anak syurga yang lain ketika di pentas

Naim bersama cikgu dan rakan sekelas...

Naim dengan pakaian beragam merdeka...
terima kasih Noreen sudi tolong kita walaupun last minute :)

Macam2 gaya si comel naim ni buat :)

Terima kasih buat CIKGU-CIKGU yang sabar dalam mendidik dan menjaga anak-anak syurga ini. Allah jua yang dapat membalas segala jasa baik cikgu semua.

Wassalam.

No comments:

Post a Comment