Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Sehari sebelum Raya AidilAdha... anak syurga kami Naim demam pula disebabkan tonsilnya bengkak. Makanya hajat di hati untuk balik kampung terpaksa kami lupakan. Anak syurga yang seorang ni kalau demam, memang payah mama nak bergerak sebab dia akan berkepit je duduk dengan mama. Rumah pun jadi sunyi tak meriah macam selalu.
Maka, kami hanya beraya di Melaka sahaja... itu pun dengan juadah yang cukup ringkas. Yang makan pun hanya kami berdua, cukuplah dengan rendang dan ketupat. Petang raya tu bila naim nampak sihat sikit, kami bawa jalan2 ke Mydin Jasin supaya dia tidak berasa bosan sepanjang hari di rumah.
Raya kedua... memandangkan Naim dah sihat, kami pergi ke Famosa Outlet. Ramai orang time ni sebab cuti raya kan, sale pun banyak juga... hehe tapi hanya mampu tengok je la. Kami layankan je anak syurga yang seorang ni nak tengok air kat kolam, naik kuda, dan juga beli mainan.
|
gambar dengan ayam gergasi |
|
Rajin pulak abang nak tolak stroller adik... |
|
dua2 mood baik je :) |
|
Kreatif... cantik bunga tu |
|
tengok air kat kolam... |
|
Naim memang hafal dah kedudukan kedai mainan ni... sampai je terus menuju ke sini dulu :) |
|
Muka tak sabar nak balik rumah sebab dah dapat mainan |
|
Adik dah penat, rehat kejap minum susu... |
|
yang ni naim dah tak nak main sebenarnya, dah ajak balik sebab dah dpt mainan :) Sabar je la |
Wassalam.
No comments:
Post a Comment