Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Alhamdulillah sepanjang cuti tiga hari sempena awal Muharam, dapat kami berkumpul walaupun tak semua dapat hadir sama ke Melaka. Beberapa aktiviti dapat kami lakukan bersama-sama.
1. Picnic di pantai Pengkalan Balak
Seperti yang dirancang, kami ke pantai Pengkalan Balak selepas solat jumaat. Hanya peralatan ringkas utk bbq dan makanan ringan yang kami bawa bersama, selebihnya kami hanya bersantai dan mandi-manda. Tq ummi yang siapkan ayam marinate utk bbq... memang sedap sangat :)
|
Bersantai di pantai Pengkalan Balak |
|
Terapi air untuk anak syurga ni... |
|
Main pasir juga merupakan salah satu terapi untuk anak syurga ni |
|
hehe dah penat main air, sambung main pasir |
|
seronok dapat bebas main air... |
|
adik muaz dgn cik ani... |
|
adik muaz pun nak main pasir jugak |
|
Anak syurga ni walaupun main air... tapi bahagian kepala memang takkan basah. |
|
ummi dan cik hafiz... |
|
cik ain... |
|
ayam bbq... ringkas je picnic kitorang ni |
|
sekali sekala nak bermanja... ummi dan nenda |
|
Gambar ramai2... muka mama dan ayah takde dlm gambar ni. Naim pula tak nak naik lagi, seronok main air. |
|
Matahari terbenam.... |
2. Birthday Adik Muaz
Alhamdulillah adik muaz dah pun setahun. Semoga Muaz membesar menjadi anak yang soleh, berjaya dalam kehidupan di dunia dan akhirat. Semoga Allah sentiasa melindungi anak-anak mama...
Pagi Sabtu, kami potong kek birthday adik Muaz... hehe tapi abang naim pula yang terlebih excited nak tiup lilin dan potong kek. Di samping itu, mama juga dah siapkan kek birthday utk cik hafiz, cik firdaus, dan cik ani. Mama buat dua biji kek iaitu Kek Black forest dan juga Kek Vanilla Strawberry.
|
Kek Black Forest dan Kek Vanilla Strawberry |
|
Abg Naim seronok dapat tiup lilin... eh ni birthday abang ke birthday adik? |
|
Potong kek birthday adik muaz |
|
hehe seronoknya abg naim |
|
abang Naim khusyuk makan kek |
|
Gambar ramai2... |
|
Cik Ani tengah potong kek |
|
Cik Daus potong kek... |
|
Cik Hafiz potong kek... |
3. Jalan2 Cari Makan di Mango Float Royale dan Mee Kari Sg. Putat
Sabtu tengahari kami ke Sg Putat untuk beli mango float yang dah viral kat melaka ni. Masa kami sampai tu, memang penuh dan ramai orang. Beratur pun agak panjang juga... tapi disebabkan sistem yang efisyen, sekejap je dah sampai giliran kami. Setelah dapat meja, kami duduk dan memesan makanan pula. Antaranya ialah mee kari ayam, mee rojak ayam, dan ayam goreng. Secara keseluruhannya, bolehlah dikatakan sedap makanan yang kami pesan tu dan tidaklah mengecewakan.
|
sabar menunggu... |
|
sila beratur ya kalau datang sini time cuti |
|
adik muaz dgn cik ani |
|
mango float royale... siap masuk dlm kotak kalau beli banyak |
|
sedang menikmati mango float |
|
kami.... |
|
model utk mango float... cik ain :) |
|
tengah nak ambil buah mangga kat dlm tu |
|
adik pun nak juga mango float |
|
mee rojak ayam... sedap
gambar mee kari lupa pula nak ambil, tapi mee kari pun sedap juga :) |
|
hehe khusyuk anak syurga ni makan ayam goreng |
|
ayam goreng kok kok... :) yg original ada sos atasnya. |
|
yg ni meatball... memang sedap |
4. Asam Pedas Claypot Klebang
Petang sabtu tu kalau ikut plan asal, kami nak makan di Pak Putra Roti Naan Tandoori.... tapi bila sampai kat sana, tutup pula restorannya. Akhirnya kami terus ke Klebang dan makan di Asam Pedas Claypot Klebang. Masa kami sampai tu belum ramai sangat orang, tempat duduk juga masih ada. Setelah duduk terus je kami memesan asam pedas claypot ikan jenahak dan ikan pari, telur dadar, dan air minuman. Nasi pula diberi dlm bentuk set... ada telur masin, sambal belacan, dan sayur.
|
ni kedainya kat Klebang, tepi jalan utama |
|
asam pedas ikan jenahak |
|
Nasi dengan telur masin, sambal belacan, dan sayur |
|
Adik muaz pun dah lapar |
|
ada juga jual sate kat sini... |
|
Makan sate dulu sebelum makan nasi dan asam pedas |
|
Naim pantang jumpa otak-otak... habis satu bakul |
5. Konvokesyen Sepupu di Seri Negeri, Ayer Keroh
Ahad tengahari, kami ke konvokesyen sepupu yang diadakan di Seri Negeri, Ayer Keroh. Tahniah cik Nur daripada kami sekeluarga. Semoga dipermudahkan segala urusan dan memperoleh pekerjaan yang baik dan dapat menjamin masa depan.
|
Cik Nur dan ibu... |
|
baru ni dapat panggil naim bergambar... khusyuk main bubble je |
|
ummi dengan cik nur |
|
Cik Nur dan family |
|
anak syurga ni dah tak toleh kanan kiri... khusyuk dia main bubble :) |
|
adik muaz dengan ummi |
|
tahniah cik nur.... |
|
ummi dan nenda... |
|
hehe ummi pun nak pakai jubah konvo juga :) |
6. Ke Muar melihat Dinosaur dan makan malam di Sabak Awor
Akhir sekali sebelum semua balik, kami ke Muar bawa naim dan muaz melihat dinosaur. Disebabkan keluarga yang lain belum pernah sampai di sini, kami tinggalkan naim dan muaz bersama mereka untuk melihat dinosaur. Manakala saya dan en.Suami terus ke medan ikan bakar Sabak Awor untuk membuat tempahan makan malam.
|
Dah semakin bertambah dinosaur yang ada di situ |
|
Adik naik kat labah-labah gergasi |
|
amboi... abang naim tengah pilih dinosaur. siap dah hafal tempat jual mainan tu :) |
|
hehe dinosaur kecil lawan dinosaur besar :) |
|
Rehat sekejap.... |
|
naim dan muaz dgn makcik dan nenek mereka... |
|
Suka dah dapat dinosaur yang dia nak |
|
adik muaz dengan cik nur dan ummi... adik tengok apa tu? |
Selepas itu, yang lain terus ke Sabak Awor untuk makan malam. Kompleks ikan bakar yang lama telah dirobohkan dan proses naiktaraf bangunan sedang dijalankan di situ. Jadi, kedai makan sementara dibina berdekatan tepi sungai. Kami memilih kedai yang pertama iaitu Wak Jos Ikan Bakar.
|
Menu makan malam kami... |
Alhamdulillah dapat kami berkumpul ramai-ramai kali ni. Terima kasih kepada semua ahli keluarga yang dapat datang ke Melaka. In shaa Allah ada rezeki nanti kita berkumpul lagi dan bercuti bersama.
Wassalam.
No comments:
Post a Comment