Sunday, 17 September 2017

Ke Sekinchan dan Tanjung Karang...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Sabtu lepas kami ke Sekinchan kerana ada jemputan majlis kahwin di Tanjung Karang pada hari ahad. Kali ini kami tidak menginap di homestay, hanya berehat dan menumpang tidur di rumah makcik. Tidak banyak aktiviti yang kami lakukan kerana masa yang singkat. Kami hanya berjalan-jalan di pekan Sekinchan, di samping melihat pantai dan sawah padi.

Subhanallah... Cantik sangat pemandangan di sini

Anak2 seronok dapat tengok burung bangau... mama pun excited jugak :)

Tengok banyak kali pun tak jemu... rasa tenang je

Di Sekinchan baru musim menanam padi...

Anak syurga yang seorang ni, mainan tak tinggal :)

Jagung yang makcik tanam... lagi 2 minggu dah boleh petik

Di kebun jagung makcik...

Adik muaz dengan ummi dia (nenek)...

Pantai di Sekinchan... masa kami datang, air tengah surut.

Naim nak turun bawah... hehe tak boleh la sayang, nanti kaki masuk dalam lumpur :)

Bila disuruh bergambar, susah benar naim nak pandang kamera...

Seronok dapat tengok banyak ketam batu....

Ketam batu comel2 je

Naim tengah tengok pakcik ni memancing ikan. hehe dua kali dapat ikan besar, tapi kemudiannya dilepaskan :)

Pantai di Parit 4, Sekinchan...

Antara yang menarik perhatian mama termasuklah perahu ni :)

Sekali-sekala bergambar...

Terima kasih Asmah dan keluarga sudi jemput kitorang... seronok tengok majlis kahwin yang besar dan meriah di kampung yang dikelilingi dengan sawah padi yang luas dan menghijau. Memang best sangat pemandangan di sini.

Terima kasih Asmah dan keluarga... lauk-pauk kenduri memang sedap semuanya.


dengan makcik... tq ummi teman kitorang dan tunjuk jalan.
Teruja tengok padi...

Musim menanam berlainan dengan Sekinchan... kat Tg Karang dah keluar padinya

Tak sabar nak tunggu musim menuai nanti....

In shaa Allah jika ada masa dan kelapangan, kami plan akan ke sini lagi masa musim menuai nanti.

Wassalam.

No comments:

Post a Comment