Thursday 27 September 2018

Program Amali Wang Membeli-belah Di Mydin Mitc

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Pagi tadi telah berlangsungnya program amali wang membeli-belah anak-anak ppki di Mydin Mitc. Alhamdulillah naim dapat turut serta... seronok dia dapat pergi Mydin. Balik rumah pun seronok je dia tunjuk kat ibu barang2 yang dia beli pagi tadi :)

Terima kasih semua cikgu dan ppm yang banyak bersabar dan memberi bimbingan kepada anak-anak ppki :)

tengah cari barang yang nak dibeli
tengah teliti senarai barang yang kena beli
hihi happy je naim
Muka happy dah dapat cari semua barang :)
Pandai abang naim bayar kat kaunter :)
Anak-anak ppki dengan cikgu dan ppm

Wassalam.

Tuesday 25 September 2018

Trip ke Sarawak Part 1: Perjalanan Pergi dan Birthday Muaz

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Alhamdulillah kami baru saja pulang ke Semenanjung setelah 5 hari 4 malam berada di Kuching, Sarawak bersama keluarga tercinta. Terima kasih buat keluarga yang bersama-sama menjayakan percutian kali ini.

Kami bertolak ke Kuching pada hari Khamis 20 September dengan menaiki penerbangan Malaysia Airlines... Alhamdulillah semuanya dipermudahkan, termasuklah anak syurga kami Naqiuddin Naim yang autisme dan speech delay. Sepanjang perjalanan, abang Naim happy dan syukur sangat bilamana Naim tidak mengamuk dan tantrum semasa berada dalam flight walaupun pertama kali dia menaiki kapal terbang. Sebaliknya, naim sangat teruja dan tak sabar nak naik flight. Dalam flight pun Naim diam sambil menikmati makanan yang disediakan dengan khusyuknya... habis licin lasagna yang dihidangkan :)











Tiba di Kuching Airport... kami mengambil grab untuk ke homestay yang telah dibooking. Alhamdulillah selesai berehat seketika, kami menyediakan makan malam dan prepare untuk birthday adik muaz bersama dengan opah dan cik hafiz. Dua biji kek birthday kami order dengan kawan kepada owner homestay.

Selamat Hari Lahir yang ke-2 tahun Muaz sayang... Semoga Muaz membesar menjadi anak yang soleh, berjaya dan cemerlang dunia akhirat. Ibu, ayah, dan abang naim sayang kat adik ❤❤❤




Wassalam.

Friday 14 September 2018

Majlis Penutup Bulan Kebangsaan dan Sambutan Hari Malaysia Sekolah Naim

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Pagi tadi di sekolah abang Naim telah berlangsungnya Majlis Penutup Bulan Kebangsaan dan Sambutan Hari Malaysia. Alhamdulillah ibu berkesempatan hadir sama di majlis tersebut di samping memberi sokongan kepada abang naim yang masuk pertandingan pakaian beragam merdeka. Sementara itu, ayah pula tolong jagakan adik Muaz... tq ayah ❤

Abang naim bersemangat betul pagi tadi nak ke sekolah dengan pakaian baju bendera... senyum dia dari pagi sampai la ke petang. Tq dear auntie Noreen yang bersusah-payah siapkan baju merdeka untuk abang naim. Alhamdulillah bahagia sangat bila tengok abang naim seronok dan gembira macam tu. Jom kita layan gambar2 abang Naim masa kat sekolah pagi tadi...

Semangat abang naim nak ke sekolah dengan baju bendera tu :)
hihi berani anak ibu ni :) masa pertandingan pakaian beragam merdeka
tengah beratur tunggu giliran...
anak-anak kelas ppki... comel semua :)
hihi tak sabar semua nak jalan catwalk ya :)
Semangat Merdeka :)
anak-anak ppki dengan pakaian beragam merdeka masing-masing
Anak-anak ppki yang terlibat dengan pertandingan pakaian beragam merdeka :) dengan cikgu dan ppm kelas ppki
naim dengan bff zafran. tahniah zafran dapat tempat ketiga :)
hihi adik sekejap je kat dewan, pastu dah mengamuk. ayah ler kena pujuk adik
amboi abang naim dah bersilat :)
tq auntie :)
Terima kasih buat semua cikgu dan ppm kelas ppki kerana berjaya memberi dorongan dan keyakinan kepada anak-anak istimewa ini untuk terlibat sama dalam program ini :)

Wassalam.

Wednesday 12 September 2018

Giant Lego...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Minggu lepas ternampak iklan giant lego kat facebook, terus tertarik nak beli untuk naim dan muaz. Diorang berdua memang suka main lego, adik yang kecil pun dah mula ikut skill abang naim yang suka menyusun lego. Saya beli online 2 set giant lego untuk anak-anak.

Alhamdulillah sampai je kat rumah, terus buka dan seronok diorang menyusun lego. Dengan giant lego ni, saya tak risau lagi lego bersepah di lantai... senang juga nak kemas dan paling penting tak terpijak lego lagi. Abang naim macam biasa, bila menyusun lego mesti dengan imaginasi dia terhadap dinosaur :)









Wassaalam.

Tuesday 11 September 2018

Resepi tart shell sedap

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Walaupun cuti panjang weekend ni, kami hanya duduk di rumah je. Lagipun baru saja bercuti panjang masa raya haji haritu. Macam biasa bila kat rumah je... ibu hari2 jadi tarzan melayan karenah abang naim dan adik muaz. huhu mula2 memang elok diorang main... pastu sekejap lagi bergaduh pulak dah. Maaf ya wahai jiran2 kalau dengar suara kami laki bini dengan volume yang tinggi :)

Pagi ni sempat saya menyiapkan 100 pcs tart shell untuk order cheesetart esok. Lepas tu baru bersiap-siap nak bawa anak-anak keluar jalan2 ambil angin di luar. Harapnya jalan dah tak jem macam semalam2... bila cuti je memang penuh dan sesak ler jalan raya kat Melaka ni.

Hari ni, saya kongsikan resepi tart shell yang memang sedap, nak buat untuk tart nenas pun boleh. Kalau rajin boleh cuba buat sendiri... hihi tapi kalau malas beli je kat kedai bakery :)

Resepi:

250 g buttercup
125 g gula icing
1 biji telur gred B
440 g tepung gandum


Cara Buat:


  • Pukul butter dan gula icing sampai sebati.
  • Masukkan telur dan pukul lagi hingga sebati.
  • Masukkan tepung perlahan-lahan, gaul hingga rata.
  • Ambil sedikit doh tekan dalam tart mould.
  • Kemudian tekan dengan garfu.
  • Bakar pada suhu 160' selama 20 minit.
  • Tart shell tahan lama jika disimpan dalam bekas kedap udara.





Wassalam.

Sunday 9 September 2018

Nak pos ke mana ni?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Malam ni ibu tengah mood rajin nak kemas baju dan barang yang nak dibawa masa bercuti nanti. Tapi, tengah kemas dan lipat baju...ada pula yang datang dan tolong kemas sekali. hihi sape lagi kalau bukan adik muaz yang rajin tolong ibu.

Datang terus je elok adik duduk dan baring dalam beg tu... siap menyanyi lagu little star lagi sambil goyang2 kaki. hihi ibu yang nak mengemas ni pun terhibur dengan telatah adik, sudahnya esok2 ler baru kemas. Comel je dia baring dalam beg tu, kalau tau tak payah beli tiket flight dik... ibu bawa adik dalam beg je la :)

Anyway... lagi dua minggu baru nak pergi bercuti sebenarnya, tapi kemas beg baju dan barang memang kena buat awal. Kalau tidak, memang kelam kabut la dibuatnya nanti.





Wassalam.

Friday 7 September 2018

Cheesetart Nutella, Blueberry, dan Cadbury order drpd customer

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Alhamdulillah kali ni cheesetart order daripada customer yang terdiri daripada cheesetart nutella, blueberry, dan cadbury. Saya lebih suka buat sendiri tart shell untuk cheesetart ini, ianya lagi sedap dan menepati citarasa saya berbanding beli yang dah siap di kedai bakery.





Wassalam.


Monday 3 September 2018

Sedapnya Nutella Cheesetart :)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Rasanya dah lama tak buat cheesetart, last buat masa raya tahun lepas. Cheesetart ni bukan saya saja yang suka... en suami dan anak2 juga suka makan cheesetart. Kalau letak satu bekas kat atas meja, sekali mengadap je dah licin :)

Kali ni, saya buat cheesetart nutella... hmmmmm memang sedap penuh rasa coklat dan cair di mulut. Abang naim pun memang tak sabar nak tunggu cheesetart yang ibu buat siap... baru bubuh inti nutella, abang naim dah makan dulu. Tu belum kira cheesetart yang dah siap masak, hihi keluar oven terus ngappp :)






Wassalam.