Hari ini, awal pagi lagi dah keluar rumah. Mula2 pergi beli sarapan dulu. Maklumlah hari cuti, jadi dapur pun tak berasap juga. Selepas beli sarapan, en suami tanya nak menuju ke mana... terus je jawab pergi pantai.
Bercerita bab pantai kat Melaka ni... kami memang suka pantai di Pengkalan Balak berbanding pantai yang lain. Walaupun agak jauh dari rumah, ianya tak jadi masalah... yang penting kami seronok berada di situ. Pantai yang cantik dan airnya yang bersih menjadi keutamaan kami.
Yang paling seronok dapat mandi laut, pastinya anak syurga yang seorang ini. Naim memang suka kalau dapat mandi dan main pasir kat pantai. Kebiasaannya, kami akan bawa Naim ke pantai 2 atau 3 kali dalam sebulan... ianya juga sebagai terapi untuk Naim (setelah disahkan autisme). Saya juga sukakan bunyi ombak dan angin yang segar di pantai... terasa segar semula minda.
Wassalam.
No comments:
Post a Comment