Monday, 5 September 2016

Naim dan Dinosaur...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua...

Semalam petang, kami bawa Naim ke Muar untuk melihat dinosaur yang baru2 ini viral di fb. Alhamdulillah cuaca baik dan redup petang semalam. Sampai di sana, memang dah ramai orang terutamanya yang mempunyai anak-anak kecil. Kanak-kanak memang teruja melihat replika dinosaur tersebut, termasuklah anak syurga kami.

Replika dinosaur tersebut sebenarnya terletak di sebuah nursery / tapak semaian di Muar... yang menyediakan anak pokok dan juga pokok bonsai. Di hadapan nursery tersebut diletakkan beberapa replika dinosaur yang saya rasakan sebagai salah satu tarikan dan pembaharuan yang dilakukan oleh pemiliknya. Bagi sesiapa yang nak bawa anak-anak ke situ, boleh melalui jalan AMJ. Sekiranya dari Melaka, nursery tersebut terletak di sebelah kiri selepas jambatan baru Muar.

Kami berada di situ hampir setengah jam... melayan anak syurga kami yang teruja melihat replika dinosaur tersebut. Tambahan pula Naim memang sukakan dinosaur sehinggakan kalau ke pasaraya, memang patung dinosaur yang dicarinya.







Hobi dan minat Naim...

Antara koleksi dinosaur yang Naim kumpul...

No comments:

Post a Comment