Sunday, 31 December 2017

Kejutan drpd Naim untuk ibu dan ayah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Alhamdulillah petang tadi naim buat kejutan untuk kami... syukur sangat sebab banyak perubahan Naim ketika ini. Naim dah mula pandai melukis dan siap terangkan kat ibu apa yang dilukisnya. Asalnya naim hanya minta kertas dan pen... ibu ingatkan naim nak menconteng seperti biasa, rupanya Naim nak melukis. Bermula dengan hanya lukisan gambar ikan dan ketam, kemudiannya berkembang dengan binatang2 yang lain sehingga penuh satu kertas lukisan dengan lukisan naim. Walaupun hanya kami yang faham apa yang naim lukis, sungguh sangat besar ertinya buat kami.

Asalnya naim hanya lukis ikan dan ketam

Kemudian berkembang dengan lukisan binatang2 yang lain

Inilah hasil lukisan pertama Naim... nampak seperti sebuah peta minda. Ini kerana semasa melukis, naim akan membayangkan dahulu setiap yang ingin dilukisnya. Macam2 binatang ada... ikan, ketam, kura-kura, nyamuk, ulat, ular, sotong dan juga dinosaur :)
Jika sebelum ini anak autisme kami hanya pandai memegang pensel untuk menconteng saja... kini dah pandai menulis dan juga melukis. Syukur juga kerana sekarang sudah mula ada komunikasi dua hala antara naim dan kami. Satu perkembangan yang baik sebenarnya untuk anak yang speech delay seperti naim. Sebagai ibu dan ayah, kami akan sentiasa menyokong dan membantu Naim untuk berkomunikasi dengan lebih baik pada masa akan datang.

Alhamdulillah... sungguh sabar itu ada kemanisannya :)

Wassalam.

Wednesday, 18 October 2017

Cupcake Pisang yang moist dan sedap...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Lama rasanya tak update resepi kek di sini, baiklah pagi ni kita update resepi cupcake pisang yang sangat gebu dan moist. Pagi tadi terlebih rajin pula, selepas buatkan anak syurga kami dadih milo... terus je buat cupcake pisang. Memandangkan baki pisang masih ada... terus saya lecek pisang tersebut dan kemudiannya menyediakan bahan-bahan yang lain.

Resepi ini sudah ada lama dalam simpanan saya, cuma saya lupa daripada mana saya ambil resepi ini dan siapa empunya resepi. Sekiranya yang empunya resepi terbaca, maafkanlah saya... saya minta izin untuk kongsikan di sini pula :)






Bahan-bahan :
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
  • 4 biji telur gred A
  • 3/4 cawan gula (sedang2 je manisnya... kalau nak manis, tambah lagi gula sedikit)
  • 1 sudu makan ovellete
  • 1 cawan pisang dilecek (letak lebih lagi sedap)
  • 3/4 cawan minyak masak
  • 1 sudu teh esen pisang / vanilla
Cara Buat :
  1. Pukul telur dan gula hingga kembang.
  2. Masukkan ovellete dan pukul lagi hingga sebati.
  3. Kemudian masukkan pisang lecek dan minyak masak. Kacau sebati menggunakan kelajuan sederhana.
  4. Masukkan pula tepung yang telah diayak dengan baking powder dan soda bikarbonat tadi. Kacau lagi hingga sebati.
  5. Akhir sekali, masukkan esen pisang / vanilla.
  6. Masukkan adunan dalam kertas cupcake sehingga 3/4 penuh.
  7. Bakar pada suhu 170' selama 40 minit.
SELAMAT MENCUBA.

Monday, 2 October 2017

Bawa anak syurga ke Zoo Melaka

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Kami bawa anak-anak ke Zoo Melaka semalam pagi. Memandangkan anak syurga kami Naim asyik mengulang ayat "nak tengok gajah"... cair juga hati mama ni. Kami sampai di zoo pukul 9.15 pagi dan terus beli tiket di kaunter. Naim pula dapat tiket separuh harga sebab ada kad OKU.

Seronok anak syurga kami Naim dapat masuk ke Zoo melihat banyak haiwan. Paling dia suka dapat tengok gajah yang dia asyik ulang2 cakap dari hari sabtu lagi. Suka dia dapat bagi gajah makan pisang... hehe tapi bila terkena air liur gajah, terus dia lari. Alahai bertuah betul anak syurga seorang ni, memang penggeli dengan air liur :)

Habis pusing satu zoo, kami bawa anak-anak melihat persembahan binatang pula yang kebanyakannya burung. Seronok melihat telatah dan persembahan binatang-binatang tersebut. Ingatkan lepas tu nak terus balik ke rumah, anak syurga ni nak naik keretapi pula (tram), dah la tengah beratur panjang masa tu. hehe siap merengek dan menangis lagi bila terlepas tram yang ada. Puas la mama memujuk, minta dia sabar dan tunggu tram yang seterusnya. Akhirnya dapat juga naik tram... seronok Naim siap nyanyi2 lagi.















Alhamdulillah semalam Naim bukan sahaja dapat melihat banyak binatang, tetapi juga banyak perkataan baru yang keluar dari mulut si comel ni. Memandangkan Naim autisme dan speech delay, jadi hanya aktiviti yang disukai naim sahaja akan kami lakukan di samping melatih Naim bercakap dan menambah perkataan harian yang ada.

Wassalam.

Wednesday, 27 September 2017

Cherating... Pantai yang cantik dan mendamaikan...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Pertama kali kami ke Cherating pada 13 September yang lalu, sebelum ni hanya lalu saja dan tak terdetik pun nak singgah. Rupa-rupanya di Cherating, pantainya sangat cantik dan mendamaikan. Terus jatuh cinta pandang pertama kat pantai di Cherating ni. Airnya pula sangat jernih dan bersih. Subhanallah indah sungguh ciptaan Allah... sangat mendamaikan jiwa dan minda.

Alhamdulillah anak syurga kami naim sangat suka dapat bermain pasir dan mandi di pantai. Begitu juga dengan adik muaz yang pertama kali dapat main air di pantai. Seronok tengok anak syurga kami berlari-lari bebas di pantai...












Semasa di Cherating, kami menginap di The Legend Cherating Beach Resort... Kalau ada yang nak ke Cherating boleh cuba menginap di sini. Selain bermain air di pantai, kami juga bawa anak2 bermain air di swimming pool yang disediakan. Anak syurga kami yang seorang tu sampai tak nak naik ke bilik, seronok dapat berendam dan main air kat swimming pool.






Di hotel ini juga terdapat Pet Farm di mana pengunjung dibenarkan memberi makanan kepada arnab2 yang ada di situ. Naim memang seronok dapat tengok arnab dari jarak yang dekat, pagi-pagi lagi dia dah ajak kami tengok arnab. Kalau nak bagi arnab makan, ada waktunya dan bayaran rm5 dikenakan untuk makanan arnab tersebut.





In shaa Allah jika ada kelapangan dan rezeki, teringin nak datang ke sini lagi. Wassalam.

Monday, 25 September 2017

Picnic di P.Balak, Birthday Muaz, Konvo Sepupu, dan Jalan2 Cari Makan...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Alhamdulillah sepanjang cuti tiga hari sempena awal Muharam, dapat kami berkumpul walaupun tak semua dapat hadir sama ke Melaka. Beberapa aktiviti dapat kami lakukan bersama-sama.

1. Picnic di pantai Pengkalan Balak

Seperti yang dirancang, kami ke pantai Pengkalan Balak selepas solat jumaat. Hanya peralatan ringkas utk bbq dan makanan ringan yang kami bawa bersama, selebihnya kami hanya bersantai dan mandi-manda. Tq ummi yang siapkan ayam marinate utk bbq... memang sedap sangat :)

Bersantai di pantai Pengkalan Balak

Terapi air untuk anak syurga ni...

Main pasir juga merupakan salah satu terapi untuk anak syurga ni

hehe dah penat main air, sambung main pasir

seronok dapat bebas main air...

adik muaz dgn cik ani...

adik muaz pun nak main pasir jugak

Anak syurga ni walaupun main air... tapi bahagian kepala memang takkan basah. 

ummi dan cik hafiz...

cik ain...

ayam bbq... ringkas je picnic kitorang ni

sekali sekala nak bermanja... ummi dan nenda

Gambar ramai2... muka mama dan ayah takde dlm gambar ni. Naim pula tak nak naik lagi, seronok main air.

Matahari terbenam....

2. Birthday Adik Muaz

Alhamdulillah adik muaz dah pun setahun. Semoga Muaz membesar menjadi anak yang soleh, berjaya dalam kehidupan di dunia dan akhirat. Semoga Allah sentiasa melindungi anak-anak mama...

Pagi Sabtu, kami potong kek birthday adik Muaz... hehe tapi abang naim pula yang terlebih excited nak tiup lilin dan potong kek. Di samping itu, mama juga dah siapkan kek birthday utk cik hafiz, cik firdaus, dan cik ani. Mama buat dua biji kek iaitu Kek Black forest dan juga Kek Vanilla Strawberry.

Kek Black Forest dan Kek Vanilla Strawberry

Abg Naim seronok dapat tiup lilin... eh ni birthday abang ke birthday adik?

Potong kek birthday adik muaz

hehe seronoknya abg naim

abang Naim khusyuk makan kek

Gambar ramai2...

Cik Ani tengah potong kek

Cik Daus potong kek...
Cik Hafiz potong kek...

3. Jalan2 Cari Makan di Mango Float Royale dan Mee Kari Sg. Putat

Sabtu tengahari kami ke Sg Putat untuk beli mango float yang dah viral kat melaka ni. Masa kami sampai tu, memang penuh dan ramai orang. Beratur pun agak panjang juga... tapi disebabkan sistem yang efisyen, sekejap je dah sampai giliran kami. Setelah dapat meja, kami duduk dan memesan makanan pula. Antaranya ialah mee kari ayam, mee rojak ayam, dan ayam goreng. Secara keseluruhannya, bolehlah dikatakan sedap makanan yang kami pesan tu dan tidaklah mengecewakan.

sabar menunggu...

sila beratur ya kalau datang sini time cuti

adik muaz dgn cik ani

mango float royale... siap masuk dlm kotak kalau beli banyak

sedang menikmati mango float

kami....

model utk mango float... cik ain :)

tengah nak ambil buah mangga kat dlm tu

adik pun nak juga mango float

mee rojak ayam... sedap
gambar mee kari lupa pula nak ambil, tapi mee kari pun sedap juga :)

hehe khusyuk anak syurga ni makan ayam goreng

ayam goreng kok kok... :) yg original ada sos atasnya.

yg ni meatball... memang sedap

4. Asam Pedas Claypot Klebang

Petang sabtu tu kalau ikut plan asal, kami nak makan di Pak Putra Roti Naan Tandoori.... tapi bila sampai kat sana, tutup pula restorannya. Akhirnya kami terus ke Klebang dan makan di Asam Pedas Claypot Klebang. Masa kami sampai tu belum ramai sangat orang, tempat duduk juga masih ada. Setelah duduk terus je kami memesan asam pedas claypot ikan jenahak dan ikan pari, telur dadar, dan air minuman. Nasi pula diberi dlm bentuk set... ada telur masin, sambal belacan, dan sayur.

ni kedainya kat Klebang, tepi jalan utama

asam pedas ikan jenahak

Nasi dengan telur masin, sambal belacan, dan sayur

Adik muaz pun dah lapar

ada juga jual sate kat sini...

Makan sate dulu sebelum makan nasi dan asam pedas

Naim pantang jumpa otak-otak... habis satu bakul



5. Konvokesyen Sepupu di Seri Negeri, Ayer Keroh

Ahad tengahari, kami ke konvokesyen sepupu yang diadakan di Seri Negeri, Ayer Keroh. Tahniah cik Nur daripada kami sekeluarga. Semoga dipermudahkan segala urusan dan memperoleh pekerjaan yang baik dan dapat menjamin masa depan.

Cik Nur dan ibu...

baru ni dapat panggil naim bergambar... khusyuk main bubble je

ummi dengan cik nur

Cik Nur dan family

anak syurga ni dah tak toleh kanan kiri... khusyuk dia main bubble :)

adik muaz dengan ummi

tahniah cik nur....

ummi dan nenda...
hehe ummi pun nak pakai jubah konvo juga :)

6. Ke Muar melihat Dinosaur dan makan malam di Sabak Awor

Akhir sekali sebelum semua balik, kami ke Muar bawa naim dan muaz melihat dinosaur. Disebabkan keluarga yang lain belum pernah sampai di sini, kami tinggalkan naim dan muaz bersama mereka untuk melihat dinosaur. Manakala saya dan en.Suami terus ke medan ikan bakar Sabak Awor untuk membuat tempahan makan malam.

Dah semakin bertambah dinosaur yang ada di situ

Adik naik kat labah-labah gergasi

amboi... abang naim tengah pilih dinosaur. siap dah hafal tempat jual mainan tu :)

hehe dinosaur kecil lawan dinosaur besar :)

Rehat sekejap....

naim dan muaz dgn makcik dan nenek mereka...

Suka dah dapat dinosaur yang dia nak

adik muaz dengan cik nur dan ummi... adik tengok apa tu?

Selepas itu, yang lain terus ke Sabak Awor untuk makan malam. Kompleks ikan bakar yang lama telah dirobohkan dan proses naiktaraf bangunan sedang dijalankan di situ. Jadi, kedai makan sementara dibina berdekatan tepi sungai. Kami memilih kedai yang pertama iaitu Wak Jos Ikan Bakar.

Menu makan malam kami...






Alhamdulillah dapat kami berkumpul ramai-ramai kali ni. Terima kasih kepada semua ahli keluarga yang dapat datang ke Melaka. In shaa Allah ada rezeki nanti kita berkumpul lagi dan bercuti bersama.

Wassalam.