Assalamualaikum w.b.t.
Pagi tadi kami bawa anak-anak ke Taman Buaya Melaka. Di sini selain buaya ada juga binatang lain termasuklah arnab, burung, ikan, rusa, ular, kura-kura, ayam dan, itik. Pastikan kalau bawa anak-anak, kena ada baju lebih sebab ada kolam kat dalam taman buaya ni. Bayaran tiket masuk ke taman buaya pada weekend ialah rm18 bagi dewasa dan rm 13 bagi kanak-kanak. Semasa masuk kita akan diminta bergambar dulu bersama keluarga. Gambar tu nanti boleh tengok semasa nak keluar, dan kalau berminat boleh beli dengan staf di situ.
Masuk je kat taman buaya, kami terus menuju ke tempat arnab. Seronok abang naim dapat pegang dan bagi arnab makan. Lama juga kami kat situ... melayankan abang naim yang suka dengan arnab. Nasib baik arnab-arnab tu comel semuanya. Adik muaz pula memang tak nak... dengan semua binatang pun adik takut. Lepas tu, kami pergi ke tempat rusa pula, tapi tak dapat bagi rusa makan. Jadi hanya dapat tengok macam tu je. Kesian juga sebab rusa-rusa tu asyik datang kat kitorang je minta makanan. Tak jauh dari situ ada kolam ikan koi... besar-besar juga ikannya. Ikan ni pun boleh tengok je sebab tiada makanan ikan yang disediakan untuk pengunjung.
Kat taman buaya ini terdapat banyak kolam yang menempatkan buaya...jadi boleh tengok puas-puas buaya tu. Jangan terkejut sebab kat sini juga ada ward untuk buaya yang sakit, yang mana satu kolam hanya ada seekor buaya saja. Kemudian, kami bawa anak-anak masuk ke dalam sangkar besar yang menempatkan ayam, itik, burung, dan juga angsa. Seronok sebab anak-anak boleh pegang dan berkejaran kat dalam tu... hihi naim kejar itik tapi terlepas ☺ Kami teruskan dengan melihat kura-kura yang dibiar lepas di kolam dan kawasan sekitarnya. Ada juga pelbagai spesies ular di ruang pamer yang berdekatan...
Kat taman buaya ni yang bestnya ada radio sendiri... jadi kita takkan rasa sunyi. Pengunjung juga akan dimaklumkan dari semasa ke semasa setiap aktiviti atau pertunjukan yang akan dilakukan. Pertunjukan pertama yang kami lihat ialah pertunjukan ular. Yang ni memang rasa seram sikit... sebab mula-mula ingatkan hanya pertunjukan ular sawa, rupanya ada ular king cobra. Dah la kami duduk paling depan, masa ular tu berpusing dah seram sejuk je. Seterusnya, kami melihat pertunjukan buaya yang dilakukan oleh staf-staf yang mahir dalam mengendalikan buaya. Paling teruja tengok pertunjukan buaya tu abang naim dan adik muaz... Kemudian, kami dibawa ke kolam buaya berdekatan untuk melihat staf memberi buaya makan. Tapi disebabkan tengah musim mengawan, buaya-buaya tu duduk diam je semua tak nak makan.
Paling dinantikan oleh abang naim dan adik muaz ialah bila dapat mandi kat kolam... haha seronok ler diorang berendam tengah-tengah panas terik tu. Kalau tak ajak balik, memang tak keluar diorang dari kolam tu. Akhir sekali, dapat ler beli sikit souvenir dan kemudian bergambar dengan anak buaya. Keluar dari taman buaya semua pun dah lapar, terus singgah kat mcD makan tengahari tu.
Wassalam.
#LayankanAnakSyurga
#SambilBuatTerapi
|
Suka abang naim dapat bagi arnab makan |
|
comel ler awak... |
|
Adik takut dengan arnab... hihi muka baru lepas menangis ni |
|
tengok ikut koi... |
|
hihi ni abang naim nak tangkap itik |
|
Kura-kura pun ada... |
|
dengan ular sawa... |
|
Ada pertunjukan ular... yang ni king cobra.
Seram takut terlepas je, dah ler duduk paling depan. |
|
Ada rusa juga kat sini... |
|
Kesian dia nak pegang rusa, rusa tu duduk jauh |
|
Bergambar dengan burung merak... |
|
Buaya dalam sangkar... dah kenyang semua tidur |
|
Khusyuk adik tengok buaya |
|
Pertunjukan buaya, masukkan tangan dalam mulut buaya |
|
Yang ni cium mulut buaya |
|
Lepas menderma dapat gambar dengan mascot buaya |
|
Makan aiskrim sambil tengok persembahan buaya |
|
Abang naim berani pegang anak buaya |
|
hihi semua takut nak pegang anak buaya...
akhirnya ayah naim ler yang kena pegang |
|
Abang naim seronok dapat main air... pastu ada geng pula |
|
Adik main celup2 air je... tak berani dia berendam macam abang |
|
sempat ambil gambar sebelum balik kat kaunter masuk |
|
Besarnya buaya... |
|
dah penat jalan dan main air, kita makan mcD |
|
hihi buaya mainan je yang adik berani pegang |