Sunday, 24 February 2019

Ke Port Dickson lagi hari ni...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Pagi tadi kami ke Port Dickson lagi bawa anak-anak bermain pasir dan air di Teluk Kemang. Seronok abang dan adik dapat main puas2 kat pantai... ibu dan ayah pun join sekali ☺

Jom layan gambar2 kat bawah...









Lepas mandi pantai, kami bawa pula anak-anak ke Pusat Ikan Hiasan PD. Hihi seronok dua2 tu dapat tengok pelbagai jenis ikan yang cantik2. Selain ikan, di sini juga ada tempat pemeliharaan penyu... suka abang dan adik dapat tengok penyu kat kolam yang disediakan di hadapan Pusat Hiasan Ikan tu.









Tengahari tu en suami ajak makan kat kedai mamak dekat dengan bandar Port Dickson. Memang kalau kami ke PD... kedai ni wajib singgah untuk makan tengahari. Kari kepala ikan kat sini memang sedap, hihi favorite en suami.


Ok dah penat jalan-jalan hari ni... kita balik Melaka terus. Terima kasih Cik Ani tolong jagakan budak dua ni tau ☺

Wassalam.

No comments:

Post a Comment