Petang tadi buat pertama kalinya kami bawa naim potong rambut di kedai. Alhamdulillah naim seronok dan tiada sebarang masalah sehinggalah selesai potong rambut. Sebelum ini, kami hanya potong rambut naim di rumah... sebab semasa kecil anak syurga kami sangat takut dengan bunyi mesin potong rambut. Biasanya naim akan menangis dan menjerit-jerit sehinggalah selesai potong rambut. Bila dah darjah Satu barulah nampak ada perubahan... abang naim mula faham bila rambut panjang, kena potong rambut. Adakalanya dia sendiri yang akan minta untuk potong rambut ☺
Wassalam.
#AutismeSpeechDelay
#PertamaKaliPotongRambutKatKedai
hihi diam je dia tengah potong rambut |
Dah siap potong rambut... dah handsome pun ☺ |
Sebab abang duduk diam masa potong rambut... hihi dapat reward makan spaghetti carbonara ☺ |
No comments:
Post a Comment