Saturday, 16 February 2019

Ke Pantai Puteri hari ni...

Assalamualaikum w.b.t.

Selesai sarapan pagi tadi... kami bawa anak-anak ke pantai Puteri. Bila tahu nak ke pantai dan nampak air je... dua-dua dah seronok dan tak sabar nak main air dan pasir. Alhamdulillah cuaca baik dan cerah hari ini... ombak pun tak kuat dengan air yang jernih menambah lagi ketenangan ketika berada di sini.

Macam biasa, abang naim dengan aktivitinya mencari siput dan melukis di pasir. Kemudian barulah naim bermain air dengan ayahnya. Adik pula seronok main korek-korek pasir tapi tak nak main air macam abang, hanya kat tepi pantai je yang dia berani.

Aktiviti bermain air dan pasir di pantai merupakan antara aktiviti yang kerap kami lakukan bersama anak-anak. Lagipun ianya ibarat terapi untuk mengurangkan masalah sensori dan meningkatkan keupayaan motor halus serta  membantu skill komunikasi anak autisme kami. Sekarang kami dalam usaha untuk mengurangkan masalah sensori pada anak kedua pula yang tidak mahu / rasa geli untuk pegang pasir serta takut untuk bermain air sepertimana kanak-kanak lain. Hihi jadi janganlah rasa bosan pula bila banyak posting kami asyik ke pantai sahaja ☺

Wassalam.

#TerapiAirDanPasir
#AutismeSpeechDelay

Pantai Puteri...

Cerah langit... cantik sangat pemandangan

Abang dapat siput

Adik nak main pasir, tapi geli nak pegang pasir

hihi acah-acah je tu nak ikut abang main air

hihi abang lukis ketam...

abang lukis ikan

Ayah ajak adik main air pun tak nak... kat tepi tu je dia

Amboi abang seronoknya dia

Bila ombak datang je, adik lari 

No comments:

Post a Comment